Kalau semalam, Si Anak kepada Ketua Penipu tu telah mempertikaikan kajian yang dijalankan oleh Majlis Profesor Negara berkaitan dengan Pilihan Raya Umum.
Kata dia, metodlogi yang diguna pakai tidak sejajar dan selari dengan pandangan rakyat secara menyeluruh. Kononnya, bagi dia, kerja Profesor tu tak bagus la.
Bagi dia, hanya puak - puak Pakatan Pembangkang tu aje yang ada cara yang lebih berkesan untuk menentukan siapa yang bakal menang dalam PRU nanti.
Agak - agak korang, jika diberi peluang untuk mereka mencipta metodlogi dalam melaksanakan kajian tersebut, siapa yang bakal muncul sebagai pemenang?
Dah tentu la diorang jugak yang menang sebab diorang sendiri yang buat!!! Itu pasal la Majlis Profesor Negara (MPN) buat kajian tersebut sebagai sebuah badan Non-Partisan.
Pun, mereka tak boleh nak terima kenyataan dan menuduh MPN ni berat sebelah. Tapi, itu biasa la. Dah menjadi norma diorang untuk menolak Kebenaran.
Dakwaan dan tuduhan diorang ni sama la dengan tuduhan - tuduhan lain seperti sistem kehakiman, sistem keselamatan dan sebagainya.
Kalau mahkamah tak buat keputusan menyebelahi diorang, oh, diorang kata mahkamah berat sebelah. Tapi bila keadaan sebaliknya berlaku, dah mahkamah adil pulak!!!
Jadi, tak salah la kalau kita kata bahawa kerajaan PAS Kedah bakal tumbang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang sebab MPN meramalkan sebaliknya!!! Bukan orang lain yang cakap, Si Nurul Izzah tu jugak yang beria - ia bagitau semalam!!!
BANGI BARU BANGI - Jika penemuan kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) membabitkan 10,800 responden mendapati majoriti pengundi Kedah memilih Barisan Nasional (BN) menerajuinya semula, seorang lagi anggota Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas boleh mengekalkan negeri utara Semenanjung itu.Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan penemuan kajiannya hari ini - Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal di tangan PR.Pun begitu katanya, Selangor, negeri paling kaya di Malaysia, akan jatuh ke tangan BN sebagaimana disebutkan dalam laporan kelmarin.Anggota panel forum mengenai PRU13 ini berkata, penemuan pihaknya diperoleh menerusi kajian berkala yang dikendalikan beliau antara April dan Mei lalu."Kami menjalankan kajian dari bulan ke bulan, melibatkan kumpulan berfokus, kajian panel," kata beliau ketika ditemui selepas membentangkan hasil kajiannya di sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.