Isnin, Julai 02, 2012


Tirai saingan Piala Eropah, EURO 2012 berlabuh dengan menyaksikan Sepanyol kekal sebagai juara bertahan menewaskan pasukan Itali.

Gol pasukan yang turut diberikan jolokan 'La Roja' ini dijaringkan seawal minit ke 14 hasil tendangan David Silva.

Jentera serangan Sepanyol menggandakan asakan dan berjaya menembusi benteng Itali pada minit ke 41 hasil jaringan Jordi Alva.

Namun, jentera serangan Sepanyol tidak hanya terhenti diseparuh masa pertama. Mereka terus mengempur gawang  yang dikawal ketat oleh Buffon selaku Kapten pasukan Itali.

Minit ke 84, gawang tersebut bolos buat sekian kalinya dengan jaringan dari penyerang pasukan Manchester City, Fernando Torres.

Walaupun mencecah minit - minit terakhir, Sepanyol berjaya menjaringkan gol keempat jaringan Juan Mata hasil umpanan Fernando Torres.

Kemenangan Sepanyol ini seterusnya mencipta sejarah bagi pasukan tersebut apabila muncul juara hatrik dalam tempoh empat tahun. Sepanyol merupakan juara EURO 2008 dan World CUP 2010.


Ralat: Jaringan Gol David Silva adalah hasil tendangan gol. Fernando Torres merupakan pemain Chelsea. Terima kasih diatas perhatian yang diberikan oleh pembaca blog ini. Kesilapan amat dikesali.
Categories:

2 ulasan:

  1. Minit ke 84, gawang tersebut bolos buat sekian kalinya dengan jaringan dari penyerang pasukan Manchester City, Fernando Torres. hehehahahuhu...sediiiih

    BalasPadam
  2. adoii..nengok ke idak game ni?
    1st gol silva tanduk..bkn tendang
    3rd gol torres main ngan chelsea..yg manchester city tu dak balotelli.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping