Fuh!!! Tak sangka pulak ye dalam temasya Sukan Malaysia Pahang 2012 kali ni turut diadakan acara sukan BMX. Agaknya, ni acara sukan baru kot.
Mungkin acara ni diadakan bagi mendapat perhatian anak - anak muda yang memang suka dengan sukan aksi macam ni. Sekurang - kurangnya, ada juga la pembaharuan.
Tinggal lagi, acara sukan BMX ni tak de la dipertandingkan diperingkat Olimpik. Tapi, semua tu tak pelik bro. Sebab, banyak lagi sukan lain yang masih tak dapat pengiktirafan.
Sebagai contoh, acara sukan Boling pun tak dipertandingkan diperingkat Olimpik. Sama jugak dengan sukan Squash. Jadi, tak heran la kalau sukan aksi macam BMX ni pun tak tersenarai jugak!!!
TEMERLOH - Pahang akhirnya berjaya mengutip pingat tunggal dalam acara berbasikal BMX yang sebelum ini dalam acara trek hampir keseluruhannya dibolot pelumba Terengganu.
Pelumba tuan rumah, Muhammad Aim Mohamad Fauzi mengutip pingat emas dalam acara BMX Lelaki Akhir apabila mencatat masa 31.013 saat dalam perlumbaan sejauh 250 meter mendahului pemenang perak, Muhammad Fareez Borhanudin dari Selangor yang berpuas hati 32.641s.
Pingat gangsa milik pelumba Sabah, Akmal Abdullah.
Muhammad Aim yang ditemui berkata, beliau sebenarnya tidak begitu yakin untuk mengutip pingat emas dalam acara itu kerana persiapan dan latihan yang dijalaninya agak singkat.
''Keyakinan saya untuk meraih pingat emas sebenarnya 50:50 walaupun harapan diletakkan kepada saya untuk memenangi emas dalam acara ini.
''Saya merasa cukup gembira kerana dapat membantu kontijen negeri Pahang menambah koleksi pingat walaupun hanya satu pingat emas daripada acara berbasikal," kata Muhammad Aim. - pahangku.com
for info aim juga menang emas dlm acara mountain bike downhill serta bmx.....bkn bmx sahaja dia dia dpt emas....
BalasPadam