Nampak gayanya, skandal penyelewengan Kerajaan PKR Selangor ni masih belum dapat menemui jalan penyelesaian.
Bertambah buruk apabila pendedahan demi pendedahan yang dikaitkan dengan skandal tersebut terus dipaparkan untuk pengetahuan rakyat.
Terbaru, Kerajaan pimpinan Si Khalid Gagap tu jelas telah dibogelkan lagi dalam isu hutan Perbadanan Negeri Selangor Berhad sebanyak RM 316juta.
Katanya, duit tersebut telah dipinjamkan untuk untuk melangsaikan hutang milik Talam Corp kepada kerajaan Negeri pimpinan Si Menteri Besar Badut tu.
Soalnya sekarang, adakah ini semua salah Barisan Nasional atau MCA yang berani mempertikaikan dan mendedahkan perkara tersebut kepada rakyat?
Jawapannya TIDAK!!! Ini semua salah Si Khalid Gagap tu sebab dia yang GAGAL untuk menjelaskannya kepada rakyat perkara sebenar.
Dia yang sering beralasan dan berdolak dalih setiap kali dituntut agar mendedahkan kertas putih tentang kaedah penyelesaian hutang - hutan Talam Corp.
Jadi, tak heran la kalau ada dikalangan ahli - ahli PKR sendiri yang mendesak Si Khalid Gagap ni meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Sebabnya, mereka pun tahu, Si Khalid Gagap ni memang 'FAIL' buat kerja!!! Setakat cakap je dia tau!!! Itu pun tergagap - gagap!!!
KUALA LUMPUR - Setelah membuat beberapa pendedahan sebelum ini, Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong tampil sekali lagi mendakwa sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor terpaksa menanggung beban hutang berjumlah RM316 juta untuk membayar balik hutang hasil pembelian aset Talam Corporation Bhd. (Talam).
Beliau berkata, Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB), iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan negeri yang sebelum ini bebas hutang dan mempunyai simpanan kira-kira RM76 juta, terpaksa membuat pinjaman itu bagi membayar balik kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang telah menjual aset berkenaan.
Katanya, PNSB telah mencagar beberapa aset untuk meminjam sebanyak RM230 juta daripada sebuah institusi kewangan dengan kos faedah pinjaman adalah berjumlah RM86 juta.
Menurut beliau, pembelian aset itu membabitkan kawasan Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya, namun sehingga kini tiada pembangunan besar dilakukan di kedua-dua kawasan.
''Persoalannya sekarang kenapa kerajaan PKR Selangor tidak mengambil langkah untuk membantu aliran wang tunai anak syarikat berkenaan dengan menjual tanah-tanah terlibat kepada pihak swasta,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.