Ahad, Julai 29, 2012


Ini satu lagi hidayah buat kita semua. Walaupun mamat ni buta, tapi hakikatnya dia lebih celik dari orang lain. Bukan soal dia dapat pecahkan rekod tu.

Hakikatnya, dalam Malaysia hari ni pun ramai orang celik yang buta matanya dari melihat Kebenaran. Malah, Kebenaran itu sering kali diketepikan.

Jadi, itu yang membuatkan sesetengah dari mereka sanggup mengkafirkan sesama Islam dan menjadi riak dengan Hidayah yang diberikan sampai sanggu menjatuhkan hukum sesuka hati. Kalau itu bukan bukti orang celik yang buta, kita nak kata apa lagi!!!
LONDON - Pemanah buta Korea Selatan, Im Dong-hyun memecah rekod dunia 72 anak panah miliknya sendiri dalam acara memanah pusingan ranking dengan pungutan 699 mata di Sukan Olimpik London, semalam. 
Dong-hyun dan rakan sepasukannya, Kim Bub-min serta Oh Jin-hyek, turut memecah rekod dunia berpasukan untuk acara 72 anak panah setelah mengutip 2,087 mata di Lord Cricket Ground. 
Dong-hyun yang memenangi pingat emas pada temasya 2008 dan 2004, hilangranking No. 1 dunia kepada pemanah Amerika Syarikat, Brady Ellison pada 2011 tetapi dia berada pada prestasi terbaik menjelang Olimpik London. 
Pemanah Korea Selatan itu turut mencatat kemenangan pada pertandingan ujian di Lord's hujung tahun lalu dan dia mengumpul 696 mata ketika melakar rekod dunia di Turki Mei lepas. 
Dong-hyun yang mengalami masalah miopia atau rabun jauh yang serius hanya mensasarkan kawasan bulatan berwarna kuning yang berada sejauh 70 meter.
"Ini hanya pusingan pertama, jadi saya tidak mahu terlalu gembira mengenainya," katanya. 
Dong-hyun akan bertemu pemanah di ranking ke-64, Emanuele Guidi dari San Marino dalam pusingan pertama. Guidi memungut 110 mata kurang daripada Dong-hyun. 
Rakan sepasukan , Dong-hyun, Bub-min turut memecah rekod dunia selepas melakukan panahan sebanyak 698, sementara di tangga ketiga, Jin-hyek menamatkan saingan dengan 690 mata.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping