Tak sangka. Zaman sekarang ni, bukan setakat ADUN je yang pandai menipu. Rupanya, Speaker pun pandai menipu jugak.
Kalau zaman dulu, speaker DUN ni biasanya orang yang senyap. Suka berdiam dari banyak bercakap walaupun dia seorang ahli Politik.
Tapi, zaman sekarang ni tak de dah. Dia pulak yang lebih dari ADUN nampak gayanya. Lepas tu siap hilang ingatan pulak tu. Dari 2 tahun jadi 4 bulan je.
Punya la nak menipu ye tak. Tapi, nak buat macam mana. Dah memang begitu la perangai puak - puak Pakatan ni. Kalau tak menipu, memang tak sah!!! Itu pasal la orang namakan diorang ni sebagai Penipu Rakyat!!! Bukannya diorang berjuang untuk rakyat pun!!!
GEORGETOWN – Speaker Dewan Undangan (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain digesa menghentikan fitnah yang mendakwa syarikat Maison Height Sdn Bhd mengambil kesempatan ke atas penduduk dengan membeli dan menjual tanah di Kampung Terang, Balik Pulaudalam tempoh empat bulan.Jika tidak, beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.Pengarah Urusannya, Datuk Omar Faudzar berkata, pihaknya mempunyai semua dokumen yang boleh membuktikan pembelian dan penjualan tanah itu tidak dibuat dalam tempoh empat bulan seperti didakwa Abdul Halim.“Dakwaan Abdul Halim kononnya kami menjual tanah berkenaan dalam tempoh empat bulan adalah pembohongan kerana semua dokumen jual beli antara syarikat saya dan penduduk yang bertarikh 4 Oktober 2010 ada di sini.“Dokumen perjanjian penjualan tanah itu kepada sebuah syarikat bertarikh 10 Januari 2012 turut kami sertakan.
“Jadi penjualan tanah ini bukan dilakukan dalam tempoh empat bulan, sebaliknya hampir dua tahun," katabeliau pada sidang media di sini, hari ini.
memang perangai puak2 pr ( penipu rakyat ), kalu tak menipu, memfitnah bukan namanya pr. baik speaker ke, adun, mp ke, semua serupa. kaki penipu.
BalasPadam