Sabtu, Ogos 04, 2012


SUNGAI PETANI - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.

Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.

"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.

"Sudah tentu, orang ini mempunyai hubungan sungguh istimewa. Oleh itu, Guan Eng perlu tampil menjelaskannya." katanya pada sidang akhbar di sini hari ini...

....Sau Ping mendakwa, beliau menerima maklumat tersebut daripada seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menerusi surat beberapa hari lalu.

Katanya, pemimpin terbabit turut menghantar empat keping gambar rumah yang dikatakan dimiliki bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Ketika ditanya tentang identiti bekas kakitangan itu, Sau Ping berkata, dia tidak boleh menyebut nama pemilik rumah berkenaan kerana bimbang disaman Guan Eng.

"Guan Eng kerap kali menyaman apabila tertekan. Dia akan gunakan kaedah ini sedangkan pada masa yang sama dia kerap melaungkan kebebasan media.

"Saya hanya boleh katakan, bekas kakitangan ini masih berkhidmat dengan kerajaan Pulau Pinang." katanya.

Tambahnya, dia memberikan masa seminggu kepada Guan Eng untuk tampil menjelaskan perkara itu.

"Jika beliau tidak menjawab, kita mungkin akan umumkan identiti pemimpin kanan itu tidak lama lagi." katanya.

Sementara itu, Zamil, yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah berkata, beliau mengenali pemimpin yang menghantar maklumat tersebut.

Tambahnya, pemimpin itu merupakan calon PKR Pulau Pinang pada pilihanraya umum akan datang namun tidak disenangi dikalangan pemimpin DAP lain... - UM
Ps: Yang bagi maklumat dan pecah amanah, sibuk nak dipertahankan. Tapi, takkan la yang terima rasuah pun diorang nak pertahankan jugak kot!!! 
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. hahahh.. kat Pahang nii elok sgt ker bro.. tak lama lagi ada org akan dedah... Siapa itu Dato. Zabidi. Dato Hasnul Yaakob... yg kaya raya.. lombong, balak.. sapu belaka.. Dato' Samsuddin Nawawi sapu ... lombong.. balak.. ribu2 ekar.. Adnan Yaakob.... sapu keliling.. skrg dok sibuk bagi sedara mara tanah sorg 400 ekar.. giler ker apa... org dah tau semua tuu.. tunggu masa nak dibongkarkan.. so guaner citer agaknyer.. nak pertahankan jugok ker.. awok eyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tuduh kene ada bukti. main ckp je tak boleh bro. tak ada maruah. bole jadi fitnah. bagi la bukti. setakat sebut dato tu dato ni, bangla stesen minyak pon boleh. aku pon boleh sebut jugak, mana nuar dpt duit buat umah sampai rm 7 juta...mana aZmin dpt duit bli kereta mewah...ini zaman fakta la bro....lu masih lagi dlm zaman auta....

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping