Ahad, Ogos 05, 2012

YAB Menteri Besar Pahang bertemu dengan Jawatankuasa Tanah Adat Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang
Kerajaan Pahang hari ini memberi jaminan tidak akan mengambil sebarang tindakan apatah lagi mengganggu mahupun merampas  tapak rumah di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Leleh terutama yang membabitkan projek mengeluarkan bijih besi.

Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin ketika ditemui memberitahu, pentadbiran Pahang tidak pernah dan tidak akan menganiaya ataupun mengambil tindakan sebelum mengambil kira kepentingan dan juga kebajikan rakyat.

Katanya, kepimpinan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan rakyat setiap masa dan turut memberi keutamaan kepada rakyat apabila melaksanakan apa-apa projek pembangunan.


“Sebelum ini, pernah ada projek yang kerajaan negeri telah luluskan tetapi kita tangguh dahulu sehingga mendapat persetujuan daripada penduduk di situ…  jadi saya rasa tidak timbullah apa yang dikatakan tanah rumah penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Leleh akan diambil.

“Saya beri jaminan sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan negeri bahawa perkara ini tidak akan berlaku…  kita sentiasa ambil pendekatan untuk berunding sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.

Menurut Sharkar lagi, kawasan perlombongan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Mentiga Minning Sdn Bhd di Sungai Leleh adalah di atas tanah yang dimiliki oleh kerajaan Pahang.


Disebabkan di luar kawasan tersebut terletak perkampungan Orang Asli, maka wujud golongan-golongan yang cuba mengambil kesempatan melalui politik murahan dengan menyuntik cerita-cerita buruk berkaitan kerajaan negeri.

“Sebenarnya kerajaan negeri melalui RISDA telah bersetuju untuk membangunkan tanah berkenaan dengan mewujudkan tanaman kelapa sawit untuk dibahagikan hasilnya kepada keluarga Orang Asli yang terlibat.

“Jadi, apabila kawasan perlombongan ini diluluskan kepada Mentiga Bhd, ada sebahagian daripada tanah yang terdapat hasil bijih besi itu terletak dalam kawasan RISDA.

“Walaubagaimanapun, pihak Mentiga telah berunding dengan Orang Asli di situ untuk menyelesaikan dan mencari kaedah yang terbaik bagi memberikan apa yang kita katakan sebagai menggantikan pendapatan seperti apa yang mereka terima daripada RISDA setiap bulan dan persetujuan juga telah dibuat akhirnya,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Sharkar, isu yang telah berjaya diselesaikan itu kemudiannya telah diputarbelitkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat negeri dengan menabur fitnah terhadap kerajaan Pahang hingga membuatkan masyarakat di kawasan itu mula naik marah.

Katanya, selepas persetujuan dibuat, kedengaran suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa kerajaan Pahang akan mengambil tapak rumah dan dalam masa yang sama memasuki penempatan lain.

Hakikat sebenarnya, beliau menambah, tuduhan itu tidak wujud dan berasas sama sekali malah Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

“Apa yang menjadi masalah sebenarnya bukanlah disebabkan orang di kawasan itu sebaliknya ia ditimbulkan oleh orang luar yang saya difahamkan bahawa cuba mencari ‘political mileage’.

“Mereka ini adalah di kalangan puak-puak yang suka merosakkan perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat Orang Asli di kawasan ini.

“Kita sangat kesal dengan tindakan yang dibuat dan sebab itulah kita minta supaya rundingan terus diadakan antara penduduk bersama-sama dengan RISDA dan Mentiga,” katanya lagi kepada pemberita petang tadi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping