Rabu, Ogos 29, 2012


Dalam kes Nasharuddin Mat Isa, kalau mengikut kepada rentak pemikiran Pimpinan Pas Pusat, Nasharuddin akan dicampakkan ke dalam bakul sampah politik. Tak ada peluang kedua. 

Tak ada belas kasihan. Anwar sudahpun membentuk kesepakatan pandangan bahawa Nasha sudahpun beralih arah dan hanya layak menjadi sampah politik di dalam Pas.

Sebab itulah, di kalangan pimpinan PAS Pusat, ramai yang berlumba-lumba memberikan komen kononnya Nasha sudah tidak ada peluang dalam Pas. 

Nasha tidak akan diberikan ruang bertanding di dalam PRU13; dan nyawa politiknya akan dicabut oleh malaikat maut politik yang ada dalam pimpinan Pas pusat.

Siapa Nasha sebelum ini mereka tak mahu peduli. Pada mereka, Nasha sudah khianat kepada perjuangan. Anwar yang mempunyai genggaman kepada pimpinan Pas pusat tidak mahu Nasha berada dalam parti. 

Inilah hebatnya Ketua Umum. Semua dia boleh tentukan. Line-up PKR pun kuasa Anwar. Line-up Pas pun kuasa Anwar.

Sayangnya, Anwar gagal membeli pengaruh di dalam Majlis Syura Pas. Inilah kelemahan Anwar yang akan segera diperbaiki. Majlis Syura juga perlu dijadikan proksi Anwar dalam masa yang terdekat ini.

Setakat ini, hanya Majlis Syura sahaja yang mampu memberikan nyawa politik kepada Nasha. Kalau menurut kepada undi pimpinan Pas pusat – Nasha dah knocked out. Tak ada peluang bernafas.

Nampaknya, Anwar akan cuba melakukan permainan politik dengan Majlis Syura. Anwar tidak bersetuju dengan sistem politik Pas yang memberikan muka kepada kumpulan ulama’ lama yang tidak mempunyai pemikiran politik yang lebih ganas.

Siapa boleh menafikan bahawa Nasha tewas pertandingan PAS sebelum ini kerana bertebarannya ‘duit Anwar’ di dalam kawasan muktamar Pas. 

Sekurang-kurangnya, 700 undi perwakilan bertukar tangan kerana wujudnya dana khas yang datang daripada PKR. Tak ada siapa yang boleh menafikan.

Sayangnya, Anwar gagal ‘membeli’ Majlis Syura Pas yang kekal sebagai – institusi check and balance di dalam parti tersebut. Kalau tidak, Presiden sebenar Pas adalah Anwar Ibrahim.

Ustaz Nasharuddin tewas kepada pemimpin sederhana Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru Timbalan Presiden PAS pada 2011. 

Mohamad Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) diikuti Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224). 

Naib Presiden PAS turut dimenangi tokoh bukan ulama iaitu Salahuddin Ayub (753), Datuk Husam Musa (660) dan Datuk Mahfuz Omar (616).
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping