Rabu, Ogos 29, 2012

Dia Tidur Pun Menipu!!!
Kalau 'Adik' dia dikenali dengan nama Si Biawak, 'Abang' dia apa tah lagi. Kalau dah namanya dari spesis yang sama, memang lidah diorang pun tak berubah la jugak!!!
Petang Isnin lalu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dengan yakin berkata PAS akan mengusulkan pindaan perlembagaan di parlimen sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud.

Kenyataan Mat Sabu itu dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily 27 Ogos 2012 edisi petang, bagaimanapun tidak sampai 24 jam kemudiannya Mat Sabu tampil menafikan perkara tersebut sambil menuduh wartawan Sin Chew sengaja memutarbelitkan kenyataannya.

Dalam kenyataan balas pada 28 Ogos 2012, Sin Chew Daily mempertahankan petikan kata-kata Mat Sabu yang disiarkan sebelum ini sekaligus menimbulkan persoalan menarik, siapakah yang berbohong dalam isu ini?

Paling penting, apa perlunya untuk Mat Sabu rasa segan atau takut untuk mempertahankan 'keinginan' PAS dalam memperjuangkan perlaksanaan hudud melalui usul pindaan perlembagaan?

Semua orang maklum selama ini PAS sering menyalahkan perlembagaan negara sebagai salah satu punca utama yang menjadi halangan kepada 'cita-cita' PAS untuk merealisasikan hukum hudud khususnya di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.

Patutnya jika betul PAS serius mahu laksanakan hukum hudud, Mat Sabu ataupun siapa sahaja pemimpin PAS tidak perlu melatah bilamana Sin Chew Daily menyiarkan berita tentang keinginan PAS untuk pinda perlembagaan negara demi menegakkan hukum hudud.

Inilah masanya yang sesuai untuk PAS buktikan isu hudud yang sering digebang siang malam di atas pentas politik selama ini bukannya sekadar modal politik dan umpan menarik sokongan orang Islam semata-mata.

Tapi bilamana Mat Sabu tiba-tiba sahaja menafikan berita tersebut, nampak sangat sebenarnya PAS tidak pernahpun bersungguh-sungguh untuk realisasikan janji perlaksanaan hukum tersebut.

Sahihlah PAS terlalu takut akan kehilangan undi orang Cina pro DAP dan PKR berbanding prioriti mengotakan janji perlaksanaan hukum hudud yang sudah bertahun-tahun menjadi umpan politik kepartiannya.

Soal perlaksanaan bukannya matlamat utama PAS, sebaliknya janji menegak hukum hudud hanya bertujuan untuk dipolitikkan bagi mengabui mata khalayak supaya yakin PAS adalah pejuang Islam, itu sahaja.

Sekarang, janji perlaksanaan hukum hudud sebagai senjata politik sudah bertukar menjadi boomerang yang mengasak tepat ke dahi PAS.

Terbukti benar polemik hudud sejak lebih 20 tahun lalu hanyalah senjata politik untuk kepentingan kepartian PAS sahaja bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.
KESIMPULANNYA: PAS lebih takut hilang undi DAPigs daripada takut dengan Hukum Allah. Pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!! Setakat cakap je boleh la!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Mah...abang cakap betul mah..orang surat kabar yang pusing cerita..Ini lah pemimpin perangai nombor 2 PAS...merosakkan bini sahabat sendiri..kaki fitnah..mengangongkan kominis..apakah PAS percaya orang cam ni boleh manjana ekonomi negara sekiranya mereka dapat menakluki Putra jaya..naib presiden pulak bekas penjaga setor..so apa yang mereka berdua ni boleh buat untuk negra..penuhkan kocek dia dan kroni boleh..serta menjadi barua. Tengok contoh Azizan yang berpelajaran pun ..hancur negeri Kedah dibuatnya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping