Ahad, Ogos 26, 2012


Hek eleh. Apa benda la yang dia mengarut ni. Tak faham betul la. Ada ke dia kata Hudud boleh dilaksanakan jika cukup persediaan? Mana boleh!!!

Kalau nak laksanakan Hudud, maknanya dah kena buat persedian untuk Si Karpal Whilchar tu sebab kata dia, nak buat Hudud kena langkah mayat dia dulu.

Lagi pun, PAS jugak yang kata, hanya diorang je yang boleh laksanakan Hudud ni. Orang lain mana boleh buat. Yang tau pasal Hudud ni diorang je.

Tapi itu semua alasan diorang la kan. Padahal, semua orang tau yang PAS atau DAPigs tu bukannya agama. Jadi, apa pasal pulak orang lain tak boleh buat Hudud? Islam bukan diorang punya!!!
SHAH ALAM: Hukum hudud boleh dilaksanakan sekiranya semua lapisan masyarakat di negara ini bersedia menerima pelaksanaannya, kata Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menumpukan kepada beberapa perkara yang diberi keutamaan, sebelum melaksanakan hukum hudud di negara ini hanya membuktikan kebenaran yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya rasa dia (PR) tidak faham mengapa hudud masih tidak dapat laksanakan. Sebab faktor kesediaan, keadilan sosial dalam masyarakat masih menjadi prasyarat yang tidak dapat ditunaikan lagi sekarang ini," katanya ketika dihubungi AntaraPos hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty ketika dihubungi AntaraPos berkata, tidak timbul soal PR menolak hukum jenayah Islam untuk dilaksanakan di negara ini, sebaliknya parti komponen tersebut mengambil pendekatan mendahulukan perkara-perkara utama yang dianjurkan Islam.

Manuty berkata, proses pemahaman mengenai hudud juga perlu diberi penekanan dan keutamaan sebelum melaksanakannya, terutama di kalangan umat Islam Malaysia sendiri yang pada masa kini masih belum sempurna dan maksima.

Dalam pada itu, Tun Faisal turut menyifatkan PKR mengambil langkah yang sama seperti PAS untuk mempolitikkan isu hudud bagi mengaburi mata rakyat bahawa parti itu turut memperjuangkan Islam.

"Dia pun mahu mengambil jalan seperti PAS, mahu nyanyi lagu hudud menjelang PRU. Mahu menampakkan dalam PKR ini ada agenda Islam.

"Dia memang tiada agenda pun. Sebab itu bila pemimpin PAS kata, hudud bukan agenda, DAP dan PKR yang menolak," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Dia ni sejak dari dulu lagi memang mengarut. Pasal tu kehadiran Red Bean Army pun dia tak sedar.

    Duduklah dalam comfort zone kamu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping