Khamis, Ogos 16, 2012


Ya!!! Semut cukup berbangga sebab ada rakyat Malaysia macam Yuna ni sebab berjaya menjejak kaki ke peringkat antarabangsa, malah dia juga turut mengharumkan nama Negara.

Tambah membanggakan ialah apabila dia berjaya tanpa bantuan dari puak - puak Pakatan Pembangkang. Maknanya, rakyat Malaysia tak perlukan puak - puak Haramjadah tu nak berjaya sebenarnya!!! Cukup dengan Kerajaan sedia ada je!!!
Bukan mudah buat seseorang penyanyi-penulis lirik, lebih-lebih kalau individu itu beragama Islam yang berasal daripada Malaysia untuk mencipta nama di persada muzik global.
Tetapi Yunalis Zarai atau Yuna, 25, sudah membuktikan, Malaysia Boleh!
Bahkan turut membuktikan yang dia bukan bintang Pop tipikal. Impresif, gadis dari Asia ni sekarang gigih membina empayar seninya di barat.

Pada Sabtu lalu, sekali lagi pemuzik berbakat besar ini 'memberi' berita gembira lagi membanggakan buat rakyat Malaysia apabila telah membuat kemunculan eksklusif dalam sebuah program popular, CBS This Morning. Yuna mempersembahkan single terbarunya yang berjudul, Lullabies.
Sebelum ni pun Yuna pernah diundang oleh sebuah rancangan TV bual bicara paling berpengaruh, Conan, dan turut membuat persembahan menyanyikan single  Live Your Life yang mana lagu tersebut juga termuat dalam debutnya.

Bercakap kepada CBSNews, Yuna memberitahu, meskipun hari ini ramai sudah mengenalinya namun duta produk Canon, Samsung dan Oil of Olay ni tidak mahu cepat mendabik dada dan terus berasa selesa dengan apa yang dikecapai setakat ini.

"Saya tak mahu rasa selesa sangat dengan apa yang saya capai sekarang. Saya nak cipta lagi sesuatu yang lain", kata Yuna.

Pun begitu, Yuna mengakui yang dia tak pernah menyangka sama sekali yang dia mampu membawa muziknya sejauh ini.

"Saya tak pernah tanya pun pada orang lain tentang apa yang perlu saya buat. Sebaliknya semua saya lakukan sendiri. Sebolehnya saya mahu berdiri di atas kaki sendiri ", tambah graduan lulusan Undang-undang ni lagi.
Categories:

1 ulasan:

  1. apa nk dibanggakan dgn golongan artis, bkn dpt ape pn....hanya org kurung agama je yg bermegah dgn ARTIS....dunia akhir ZAMAN...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping