Khamis, Ogos 16, 2012



BERTEMU dengan pelakon jelita kacukan Melayu-Inggeris, Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, baru-baru ini, terkesima sebentar melihat penampilan barunya yang kini bertudung. 

Siapa tidak mengenali dirinya yang terkenal dengan imej seksi dan pelbagai kontroversi lain termasuklah isunya memegang anjing.

Bagaimanapun, segalanya sudah berlalu dan semua yang ‘panas’ itu hanya menjadi kenangan dan peringatan buat Sofia. 

Sejak dipertemukan jodoh dengan suaminya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 34, Sofia bukan saja menjalani pengalaman baru sebagai isteri bahkan dia juga mendapat hidayah untuk mendekati dan mendalami agama. 

Baru sebulan lebih dia bertudung dengan kerelaannya sendiri. Menurut Sofia tiada siapa yang mempengaruhi dirinya untuk berubah termasuklah ibu bapa dan suaminya. 


“Saya sendiri yang ingin mendalami agama dan saya tahu apa yang sewajarnya seorang wanita Islam lakukan. 

"Sebaik saja saya mengandungkan anak sulung (Sharifah Ariana, setahun empat bulan), saya mula mendirikan solat dan membaca al-Quran.




“Tetapi saya tak mahu berubah secara drastik kerana saya mahu setiap perubahan ke jalan Allah SWT itu biarlah berlaku secara perlahan-lahan dan terus kekal selamanya. Saya banyak belajar agama dengan bertanya mereka yang cerdik pandai dan membaca buku.



“Keputusan saya sendiri untuk bertudung. Perubahan ini bagus untuk saya dan saya rasa selesa. Sebenarnya saya tak mahu komen apa-apa dengan penampilan baru ini kerana bertudung memang wajib bagi setiap wanita Islam. Saya rasa tenang sekarang. 

“Hasrat untuk bertudung juga bukan sebab saya bermimpi sesuatu yang aneh atau berlakunya perkara yang pelik. 

"Apa yang saya lakukan ini adalah perubahan biasa. Walaupun agak terkejut dengan perubahan ini, bapa saya menerimanya dengan baik dan suami pula puji saya cantik pakai tudung. 

“Segala yang saya biasa lakukan ketika sebelum berkahwin dulu semuanya saya tinggalkan. Tiada lagi berparti dengan kawan-kawan dan tidak meninggalkan solat. Kalau bertudung tetapi tidak bersolat, kita hipokrit dengan diri sendiri dan kepada Allah SWT. 

“Ramai juga di luar sana yang bertudung tetapi masih meneguk arak dan mewarnakan kuku, ia tidak sepatutnya dilakukan. 

"Suami saya sudah pergi haji dan sebagai isteri, saya juga kena mainkan peranan saya sebagai isteri dan wanita muslimah. Saya juga teringin untuk mengerjakan umrah dan haji dengan membawa Ariana sekali,” katanya.


Ps: Apa yang pasti, minah ni berhijrah dengan memakai tudung dan mendalami ilmu agama bukan la sebab dia ditarbiahkan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu. Lagipun, kuasa yang beri hidayah ni hanya milik Allah S.W.T. Bukannya milik PAS!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. baguslah syarifah sofia dah berubah...dulu saya nak hantar skrip kat dia 3 tahun yg lalu...jumpa kat cafe selamba aja dia mintak beer dan togok depan saya..terus saya belah dan tak jadi tunjuk skrip kat dia....terkedu...dengar dia dah pakai tudung...hidayah...arak pun pasti tinggal kenangan aja bagi dia..tahniah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping