Sekarang bukan setakat satu Malaysia je yang dah tau. Habis satu dunia pun kenal dengan Si Khalid Gagap ni. Tapi, bukan sebab dia buat kerja bagus.
Sebaliknya sebab dia suka sangat menipu rakyat. Bayangkan. Dalam masa satu hari, dia boleh tipu rakyat dua kali. Itu pun dalam satu sesi sidang media je.
Kenyataan dia semalam menjelaskan bahawa bas yang akan digunakan oleh Pakatan Pembangkang tu adalah hasil dari perbelanjaan dia sendiri.
Dia menafikan dakwaan yang dikeluarkan sebelum ini. Kata dia, duit untuk menyewa bas tersebut tidak menggunakan duit rakyat sama sekali.
Erk, dari mana dia dapat duit banyak macam tu untuk menyewa bas? Adakah duit tu datang dari duit elaun dia sebagai ADUN dan Menteri Besar?
Kalau dia guna elaun tu, bukan ke itu jugak dikira sebagai menggunakan duit rakyat? Ke dia nak kata yang ianya hasil duit dia sebelum ini?
Sebelum ini, Si Khalid Gagap ni kerja apa? Bukan ke dia ni Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PUNB)? PUNB tu milik siapa?
Bukan ke PUNB tu milik Kerajaan? Secara tak lansung, gaji dia sebagai Pengarah tu jugak turut menggunakan duit rakyat.
Jadi, celah kangkang siapa yang dia nak kata duit dia sewa bas tu bukan duit milik rakyat? Kot ye pun dah songeh, jangan la menipu Khalid oi!!!
Sebelum ni, dia bukan main sedap lagi telan duit dari PUNB. Dah berkoyan - koyan harta dia kumpul, lagi dia nak tuduh orang lain pulak yang amalkan rasuah? Pun dia berani kata tu semua duit dia? Kaji la diri tu sendiri!!! Jangan asyik nak cari salah orang je kerjanya!!!
SHAH ALAM: Didesak menjelaskan kepada rakyat berhubung sumber kewangan untuk menyewa bas dua tingkat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 anjuran Pakatan Rakyat, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid menegaskan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.Justeru Khalid menggesa agar semua pihak menghentikan fitnah yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang kerajaan Selangor dan wang rakyat."Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri."Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri," kata beliau dalam sebuah kenyataan media.
inilah jamane sekarang
BalasPadam