Aik!!! Pelik ni. Semalam baru sangat Si Din Ayob kata tiga Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang akan guna tema yang sama.
Kata dia hanya Pulua Pinang, Selangor dan Kelantan je akan guna tema serupa manakala Kedah pulak akan guna tema mereka sendiri.
Dah tak pasal - pasal, laporan hari ni lain pulak jadinya. Kata mereka hanya ada dua je yang guna tema serupa iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Kelantan pun ikut cara Kedah dan guna tema serta slogan mereka sendiri untuk menyambut ulangtahun Kemerdekaan negara.
Tu pun belum memerintah lagi. Dah kantoi menipu. Macam mana Si Din Ayob tu nak jadi Menteri Besar kalau benda macam tu pun dia tak boleh nak kira?
Dengan berita itu juga menunjukkan yang Pakatan Pembangkang ni memang tak sepakat. Nama je Pakatan, tapi agenda lain - lain.
Nak tentukan satu tema yang sama pun diorang tak mampu nak buat. Jadi, macam mana diorang nak memerintah Negara ni kelak? Itu membuktikan ketidak mampuan mereka.
Tinggal lagi, hanya negeri dibawah pemerintahan PAS je yang tak setuju dengan tema yang ditetapkan oleh Pakatan Pembangkang ni. Mungkin tema tu tak Islamik kot.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Itu pasal la tinggal DAPigs dan PKR je yang gunakan tema tu sebab diorang memang bukan parti yang memperjuangkan Islam. Itu pasal la PAS je yang selalu kena tinggal!!! Pun orang PAS tak sedar jugak? Punah!!!
KUALA LUMPUR: Kerapuhan perpaduan Pakatan Rakyat mula terserlah apabila empat negeri yang ditadbir mereka akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.Bercakap pada sidang media hari ini, Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.Manakala dua lagi negeri yang diterajui oleh PAS, masing-masing akan menggunakan tema berbeza ."Tema yang telah diputuskan oleh Kelantan adalah 'Menerajui Perubahan' manakala Kedah 'Terus Berbakti' yang telah berbeza dengan kerajaan persekutuan," katanya.Alasan Mustafa, exco kedua-dua negeri berkenaan telah memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa'."Kelantan dan Kedah menggunakan tema yang berlainan kerana memutuskan awal daripada Pakatan," katanya.
Sementara itu, pihak sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu “Kelantan Menerajui Perubahan”.


“Sebangsa, Senegara, Sejiwa”... ayoo... tu bukan sama makna dgn 1 Malaysia.... ada tiru kaa???
BalasPadam-jangan hairan jika KUALITI yang dimiliki KARPAL mampu mengatasi KUANTITI yang ada pada parti agama dan dengan itu impian Karpal mungkin menjadi kenyataan dan impian parti agama jadi SEBALIKNYA.
BalasPadam