Isnin, Ogos 20, 2012


Aduhai!!! Apa nak jadi la dengan dunia hari ni ye. Nak dekat Hari Raya pun nak jugak buat kerja Haramjadah yang tak masuk dek akal ni.

Tapi, mungkin ini la yang dikatakan dek seorang Ustaz tu sebelum ni. Kata dia, sewaktu orang sibuk bertadbir raya, syaitan yang baru terlepas dah berpusu - pusu buat kerja.

Menghasut anak - anak Nabi Adam melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah S.W.T dan mengingkari segala perintahNya.

Jadi, tak heran la kalau ada dikalangan manusia yang akan melakukan dosa seawal tadbir bergema. Semuanya mungkin sebab disampuk syaitan ni la kot!!!

Tinggal lagi, semua kejadian ni adalah kisah tauladan yang hendak dipaparkan didalam sebuah drama yang dilakonkan oleh Aaaron Aziz dan Nadiya Nissa. 

Tapi, kalau masih ada orang yang buat juagak kerja Haramjadah macam ni, tak de apa la yang kita boleh kata. Memang sah la orang tu bebal macam Pakatan Pembangkang!!!
Bercerita mengenai pengalaman serta cabaran berlakon dalam drama 80 episod ni, Nadiya memberitahu dia beruntung kerana digandingkan dengan hero yang cukup profesional. Ditambah pula dengan cara kerja juga layanan cukup baik yang diterima daripada pihak produksi. 


Lima bulan lamanya, kata Nadiya meskipun penat tapi masa pengambaran yang dilalui terasa begitu pantas berlalu.

Walaubagaimanapun, Nadiya mengakui pada mulanya sukar untuk menjiwai watak Ain Hawani apatahlagi karakter itu menuntutnya bermain dengan emosi dan airmata. 

"Lima bulan shooting, tak terasa pun lama. Tambahan saya seronok bekerja dengan kru produksi. Aaron, kita tahu dia seorang yang sangat sibuk dengan projek-projek lain. Tapi saya kagum sebab dia sangat bekerja keras. Kami semua tahu masing-masing nak cepat habiskan pengambaran, jadi bila masuk set saja dia memang profesional, bagi apa yang sepatutnya dan saya kena sentiasa bersedia dengannya".

"Karakter kali ini memang lain sebab watak itu sendiri secara tak langsung buat saya keluar dari kepompong lakonan saya sebelum ni. Ada transisi daripada seorang pelajar lepas tu berkahwin. Disebabkan lama sangat bawa jiwa Ain Hawani, sekarang ni bila dah habis shooting saya terasa sangat bosan sebab dah takder 'feel' Hawa tu lagi. Sebab tu habis jer projek ni, saya shooting drama lain", kata Nadiya yang kini sedang dalam pengambaran filem Pengapit. - MD
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping