Isnin, Ogos 20, 2012


Hah!!! Ini lagi satu kes parah dan boleh dijadikan ikhtibar di hari raya ni. Tak sempat nak bertaubat, dah sampai pun hukum Allah S.W.T. 

Itulah Kebesaran Allah S.W.T. Dalam kejadian seperti ini pun kita mampu menerima Hidayah. Tinggal lagi, kalau manusia tu jenis yang jumud dan mengharapkan hidayah dari orang, memang tak ke mana la jawabnya!!!
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mati dipercayai akibat serangan jantung selepas menyamun wang tunai RM20,000 daripada seorang warga emas di Taman Orkid, Sungai Layar, di sini hari ini. 
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, suspek berusia 46 tahun mati selepas terjatuh secara tiba-tiba dari motosikalnya.  


Sebelum itu, suspek dan tiga rakannya yang menaiki dua motosikal mengekori mangsa, Yeoh Ah Seng, 66, dari sebuah bank di Taman Pekan Baru di sini. 

Menurut Yeoh, selepas mengeluarkan wang dia yang tidak menyedari diekori, memasukkan duit terbabit dalam kocek seluar dan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal ke Taman Orkid. 
Bagaimanapun, katanya semasa tiba di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal cuba memintasnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang meminta dia memberhentikan kenderaan.


"Mereka kemudian telah mengoyakkan kocek seluar saya dan merampas duit RM20,000. Dalam keadaan kelam-kabut, saya cuba bergelut dan berjaya melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk menyembunyikan diri," katanya. 

Yeoh berkata ketika berlindung di dalam kawasan pagar sebuah rumah, dia ternampak seorang suspek terjatuh ke atas jalan raya. 

"Tiga lagi rakannya cuba menarik dan memanggil tetapi tidak dijawab. Mereka kemudian terus melarikan diri ke arah Sungai Layar," katanya. 

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda DSP Rickey Tey berkata suspek meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai terjatuh. 

Katanya mayat suspek dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping