Selama hari ni, diorang dok sibuk mengutuk orang dan bercerita pasal Lembu. Lembu duduk dalam kondo la, itu la, ini la.
Sekarang, giliran diorang pulak jadi Lembu. Lembu yang ada dua kaki dan otak letak kat Kepala Lutut. Itu pasal la senang je DAPigs nak tarik hidung diorang. Buat la apa pun waima menghina Islam dan sebagainya, diorang tetap Pak Angguk Saja!!!
Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.
Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?
Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?
Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.
Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?
Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.
Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.
Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?
Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.
Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.
Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.
Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.
Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.
Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.
Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.
Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.
Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.