Rabu, Ogos 08, 2012


Kahkahkahkah!!! Memang lawak betul la Si Pak Mustafa ni. Dia boleh ganti tempat Si Mahfuz tu nampak gayanya lepas ni.

Mana tidaknya. Hari dia berjaya membuatkan seluruh rakyat Malaysia gelak berguling - guling menyaksikan gelagat bengong Pakatan Pembangkang.

Sebelum ini, Si Din Ayob kata, dari empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang, hanya tiga je yang guna tema yang sama.

Tiga negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Manakala Kedah pulak akan menggunakan tema mereka sendiri.

Semalam, Si Pak Mustafa ni sangkal pulak kenyataan yang dibuat oleh Si Din Ayob tu dengan mengatakan hanya dua Negeri yang guna tema sama.

Kerajaan PAS Kelantan kata dia juga akan mengikut jejak negeri Kedah dan menggunakan tema serta slogan mereka sendiri. Diorang tak guna yang ditetapkan sebelum ni.

Tapi, disebabkan perkara tu hanya memalukan diri mereka sendiri dan membuktikan yang mereka memang benar - benar tak sepakat, Pak Mustafa ubah pulak kenyataan dia.

Kata dia hari ni, semua negeri Pakatan bersetuju pulak untuk menggunakan slogan serta tema yang sama untuk sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

Nampak sangat la diorang ni dah songeh sebenarnya. Bila semua orang kutuk pendirian diorang yang jelas berbeza - beza, baru la diorang nak baiki semula.

Perkara ini juga jelas membuktikan bahawa PAS memang hanya Pak Angguk Saja. Mana tidaknya, dah tentu dua negeri yang lain tu marah bila negeri PAS tak ikut saranan diorang.

Jika diikutkan kenyataan Pak Mustafa semalam, negeri dibawah pemerintahan PAS iaitu Kedah dan Kelantan tak guna tema yang dicadangkan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

Jadi, ianya membuktikan bahawa PAS jelas ada agenda mereka yang tersendiri dan enggan tunduk kepada ketetapan yang telah dibuat.

Tapi, bila ada orang batuk, berkecai jugak tulang lutut!!! Hari ni terus tukar pendirian. Tak kisah la kalau dicop sebagai Penipu dan Berlidah Biawak sekali pun. Janji cakap DAPigs dan PKR kena ikut!!! Kalau tidak, berdosa besar woi!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. tak nampak PAS boleh meninggikan syiar Islam dalam PR ...lebih baik berjuang sendiri atau bergabung dgn UMNO ...

    BalasPadam
  2. Betul le bro,yang nampak syiar DAP dah makin kuat dlm PAS.Sejak akhir2 ni ramai ustaz DAP menguasai ceramah dimarkas PAS....xde salam xe Bismallah top2 ada je terjemahan ayat kuran yg keluar begitu juga hadis!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping