Jumaat, Ogos 03, 2012



SEKUMPULAN 15 jurubina Lego hanya memerlukan tempoh kira-kira setahun untuk menyiapkan pemasangan miniatur Menara Berkembar Petronas, salah sebuah projek gergasi taman tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Miniatur bangunan pencakar langit setinggi 10 meter itu adalah menara tertinggi yang terdapat di taman tema Legoland seluruh dunia.
Seorang pekerja melakukan kemasan terakhir pada model lego.
Menurut pereka bentuk Legoland, Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut, pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut.
Beliau berkata, pasukannya mengambil masa selama 5,500 jam untuk memasang lebih 542,000 kepingan lego bagi membina menara berkembar itu.
"Di dalam menara berkembar itu, lapan meter besi dan logam dipasang untuk menampung miniatur tersebut.
Miniatur bangunan Perdana Putra turut tersergam indah.
"Jika sesiapa saja ingin cuba membina bangunan tersebut dengan sendiri, ia akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan," kata Hunter ketika ditemui di tapak miniatur menara berkembar itu di Legoland Malaysia, baru-baru ini.
Miniatur Menara Berkembar Petronas itu adalah satu daripada 12 model lego yang mewakili 17 bangunan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di taman tema itu.
Salah seorang jurubina berasal dari Taiping, Muhammad Khairul Zainon Noor, 27, yang diberi penghormatan untuk memasang kepingan lego terakhir di puncak menara berkembar itu berkata ia adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.
"Ini adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya," katanya.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan taman tema seumpamanya pertama di Asia hampir siap dan akan dibuka kepada umum pada 15 September ini.
"Taman tema itu hampir siap dengan kebanyakan laluan dan infrastruktur sudah dipasang sepenuhnya.
"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kami sudah melakukan kemasan terakhir di taman itu dengan menguji laluan untuk roller coaster, memasang 15,000 model lego dengan 50 juta kepingan lego," katanya.
Masjid Putrajaya antara model bangunan yang dipasangkan di taman tema ini.
Boerst berkata, kira-kira 45,000 pas tahunan telah dijual dalam tempoh tiga bulan lalu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping