Uik? Biar betul ni. Macam mana pulak dia tak setuju nak laksanakan Hudud sedangkan dia salah seorang pemimpin - pemimpin yang memperjuangkan Hukum tersebut?
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Gereja ni memang satu perkara yang cukup mengelirukan.
Seolah - olah dia setuju pulak ada orang tak setuju laksanakan Hukum Islam tu di Malaysia ni. Adakah dia pun begitu jugak?
Kalau kita tengok lenggok Si Khalid Gereja tu selama hari ini, dia lebih memperjuangkan perkara lain selain daripada nak menegakkan syiar Islam tu sendiri.
Sebelum ni dia memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Inggeris. Seolah - olah dia bersetuju pulak dengan saranan pihak Mubaligh tu.
Kemudian dia menentang perlaksanaan larangan penjualan arak dikawasan majoriti Islam di Shah Alam yang dicadangkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali.
Dalam masa yang sama, dia dok mempertikaikan cadangan enakmen syariah Negeri yang mengharamkan pekerja Muslim bekerja dipremis - premis menjual arak.
Dah kali ni dia nak menghalalkan pulak tindakan Si Karpal Whilchar tu menghina dan memperlekehkan Hukum Hudud dan penubuhan Negara Islam?
Adakah itu satu tindakan yang boleh dianggap sebagai tindakan seorang yang selalu mendabik dada mengatakan dia memperjuangkan Islam?
Dah dia yang tak mampu nak memperjuangkan dasar yang selama ini menjadi nadi kepada perjuangan PAS, lagi dia nak salahkan orang lain? Memang sah dia ni tak sedar diri!!!
Dok asyik nak tunduk pada setiap kata - kata orang lain je, pejuang menda kejadahnya Khalid oi!!! Kalau betul - betul nak berjuang, tegakkan Kebenaran. Jangan asyik nak jadi Pak Angguk Saja pada DAPigs pulak!!! Buat malu je jadi pejuang kalau macam tu!!!
SHAH ALAM – Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan bukan disebabkan penentangan Pengerusi DAP, Karpal Singh tetapi tidak mendapat persetujuan daripada semua umat Islam di negara ini.Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad, tindakan Karpal Singh mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini adalah hak beliau sebagai orang bukan Islam.“Dia hanya boleh bersuara namun, tidak ada hak untuk menghalang pelaksanaan ini kerana ia melibatkan sebuah kerajaan bukannya seorang individu.“Lagipun, masih ramai orang Islam di negara ini tidak sepakat melaksanakan undang-undang Islam ini (hudud). Orang yang ada kuasa pun tidak mahu laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai pendekatan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan pertemuan dengan Karpal Singh, beliau berkata, tidak ada keperluan untuk mengadakan pertemuan tersebut bagi menjelaskan hukum hudud kerana dia bukannya orang Islam.“Biarlah beliau berhujah, itu hak beliau untuk tafsir tentang Perlembagaan negara kerana dia hanya boleh bersuara.
Bagaimanapun, orang Islam sendiri yang tidak sepakat melaksanakan sistem perundangan Islam ini,” katanya.
PAS patut sudah pinda Enakmen Jenyah Syariah bahawa Enakmen ini terpakai pada orang Islam dan bukan orang Islam. Dah lama dah memerintah namun kenapa DUN Kelantan tak pinda-pinda Enakmen Jenayahnya? Bidangkuasa hududpun tak boleh nak selesaikan apatahlagi hukuman hudud.
BalasPadam