Sabtu, Ogos 11, 2012


Alamak ai!!! Yang dia ni nak frust sangat ni kenapa? Rilek la. Nak marah - marah tak tentu arah, tak elok. Memburukkan reputasi Parti Angguk tu je nanti.

Lagi pun, dia nak marah - marah dengan syarikat produksi ni bukannya mendatangkan sebarang faedah. Buat mengabihkan masa dia je sebenarnya.

Baik la dia teruskan dengan aktiviti harian dia iaitu memberi ceramah pasal agama diatas pentas - pentas PAS. Pun dapat elaun jugak kan? Bukannya tak dapat apa - apa.

Lagi pun, dia kan dah banyak ilmu agama yang diperolehinya selama dia jadi ahli PAS ni sampai boleh melabelkan orang itu ini sesuka hati dia.

Tambahan pulak, kan Si Minah Pening tu dah cakap sebelum ni. Kalau artis ceburi bidang seni kreatif sekarang pun, rezekinya tak halal selagi PAS belum memerintah.

Jadi, apa masalahnya mamat ni? Yang dia nak meroyan tak tentu arah ni kenapa? Takkan la dia nak makan rezeki haram jugak macam rakan - rakan artis dia yang lain kot!!!

Itulah. Orang tua - tua pun dah pesan. Nak buat satu - satu kerja tu, biar berfikir pakai Kepala Otak, jangan pakai Kepala Lutut!!! Cakap siang pandang - pandang, jangan ikut sedap mulut sendiri je!!! Rezeki ni ditentukan Allah, bukannya syarikat produksi!!!
PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman merasakan benar-benar dianaktirikan oleh syarikat produksi di negara ini yang enggan memberinya peluang berlakon selepas dia menyertai PAS pada 26 Jun lalu.
Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut.
"Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan.
"Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?" soalnya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.
Selepas drama Waris yang kini sedang ditayangkan setiap Khamis, di TV3 (pukul 10 malam), Hairie telah menjalani penggambaran terakhirnya iaitu Opah sebanyak 13 episod untuk siaran RTM>.
Tambah Hairie, dia kini lebih senang dengan bidang baru iaitu menjadi penceramah walaupun bayarannya tidak tetap iaitu bergantung kepada sumbangan yang diberi oleh mereka yang hadir mendengar ceramahnya.
Ps: Dia dah kukut duit dalam bidang lakonan dan kumpul duit punya banyak pun masih ketagih duit dari orang yang datang dengar ceramah ke woi!!!

Kata PAS berjuang fisabilillah. Ni duit orang pun dia sebat, duit sendiri dia simpan pulak. Fisabilillah menda kejadahnya kalau macam tu!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. ostad hairie blh suruh parti pas pis pus buka sykt produksi untuk dia berlakon. nicky ajis blh jadi pengarah.

    BalasPadam
  2. ... mengapa orang seperti saya disisihkan?

    Kenapa salahkan orang lain? Sendiri yang menyusahkan diri sendiri tetapi masih tidak sedar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping