Sabtu, Ogos 11, 2012


Mak ai!!! Habis semua benda yang berlaku dalam Malaysia ni nak disalahkan kepada UMNO menda kejadahnya. Dah tak de cara lain ke nak cari kesalahan orang?

Takkan la UMNO pulak yang menjadi penyebab sehingga peneroka ni terpaksa kawin dua kot. Bukan UMNO yang suruh dia berpoligami.

Dalam isu yang berkaitan dengan peneroka yang isterinya bergaduh pasal duit 'Durian Runtuh' ni, sewajarnya ia menjadi tanggungjawab Peneroka tu sendiri.

Dia sendiri yang nak bertanggungjawab terhadap isteri - isterinya. Jadi, dia jugak la yang perlu memikirkan cara dan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tu.

Lagi pun, memang sebelum ini Perdana Menteri pun dah kata. Duit durian runtuh ni untuk isteri pertama Peneroka. Bukan untuk isteri - isteri mereka.

Pandai - pandai peneroka tu la nak pikir macam mana nak bahagi - bahagikan duit tu nanti. Tetapi, hak isteri pertama tu tetap menjadi hak dia jugak. Jadi jangan pulak puak - puak Pakatan ni nak salahkan UMNO dalam hal ni nanti!!!
JENGKA - Seorang peneroka Felda Sungai Tekam Getah menuntut Felda mencari kaedah paling berkesan mengagihkan durian runtuh kepada isteri peneroka yang mempunyai madu berikutan timbul masalah isteri pertama enggan berkongsi wang terbabit.

Peneroka, Rashid (bukan nama sebenar), 63, berkata, ada isteri pertama yang tidak mahu membahagikan durian runtuh berkenaan dengan isteri kedua seperti disarankan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

“Mereka (isteri pertama) bagi alasan wang tersebut haknya kerana cek tersebut ditulis atas namanya.

“Saya sudah menyuarakan masalah ini kepada pengurus Felda dan juga pejabat Felda Wilayah Jengka dan diberitahu akan membuat siasatan perkara ini, namun sehingga kini belum ada keputusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Rashid berkata, pengagihan durian runtuh yang dibuat sekarang kurang tepat kerana ia banyak menimbulkan masalah bukan sahaja kepada peneroka yang berkahwin lebih daripada satu, tetapi kepada anak-anak peneroka yang sudah kematian ibu bapa.

“Pada pandangan saya, lebih baik pengagihan untuk peneroka yang berkahwin dua ini diserahkan kepada pengurus Felda.

“Pengurus diberi hak menguruskan cek tersebut dengan menukarkannya ke dalam bentuk tunai dan diagihkan terus secara sama rata kepada penerima,” katanya.
Categories:

5 ulasan:

  1. Dia nak kawin dua ke, tiga ke... Itu dia punya pasal la!

    BalasPadam
  2. Haish bengong! Felda dah bagi duit dah cukup baik...takkan problem rumahtangga sendiri takleh setel? Nak Felda gak selesaikan? Suami apa mcm ni?Ini macam punya orang pun ada?

    BalasPadam
  3. Pehhh....punya betuah lah punya peneroka akhir zaman nie,pasal duit semua pihak pejabat nak settelkan,apa punya peneroka nie,kalau nak kawin ada ker peneroka tu panggil pengurus jadi saksi atau panggil orang orang pejabat felda datang ramai2.....sendiri buat sendiri tanggung laaa,pasal durian runtuh itu hak mutlak isteri pertama kerana isteri pertama lah yang bertungkuslumus sama2 masuk jadi peneroka-penerokawati dalam masyarakat setempat dan kerja2 ladang.....isteri kedua kalau nak duit cari sendiri atau mintak pada laki kau tuuu.........

    BalasPadam
  4. Pehhh....punya betuah lah punya peneroka akhir zaman nie,pasal duit semua pihak pejabat nak settelkan,apa punya peneroka nie,kalau nak kawin ada ker peneroka tu panggil pengurus jadi saksi atau panggil orang orang pejabat felda datang ramai2.....sendiri buat sendiri tanggung laaa,pasal durian runtuh itu hak mutlak isteri pertama kerana isteri pertama lah yang bertungkuslumus sama2 masuk jadi peneroka-penerokawati dalam masyarakat setempat dan kerja2 ladang.....isteri kedua kalau nak duit cari sendiri atau mintak pada laki kau tuuu.........

    BalasPadam
  5. SUAMIDH DI KONGSI...JGN LE DUIT PUN NAK DI KONGSI....X PAYAH LE LAKI TU NAK DEPENT BINI MUDA......DAH CEK TU PUN NAMA IS3 TUA....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping