Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai.
Dia mungkin dah tak tahan diasakan dek Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.
Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana.
Apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.
Hasil kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan setakat malap malah kemenangan condong kepada BN dengan kelebihan 2,000 undi.
Tambahan pulak sekarang ni dah semakin ramai balaci dan orang kanannya di kawasan tu beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN.
Nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.
Mengikut maklumat yang diterima, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS.
Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS.
Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi.
Tapi Wee, bagaimanapun telah meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.
Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN.
Gelombang penolakan rakyat terhadap Pembangkang semakin kuat melanda negara. Angan-angan Si Nurul Izzah untuk bergelar sebagai 'YB' nampaknya semakin jauh dari jangkauan.
Lagi pun, Si Ratu BAF ni kalau letak kat ceruk mana pun dah tentu rakyat akan tolak. Mana tidaknya. Dia setakat tau bercakap je. Bila suruh buat kerja, dia bukan reti. Itu pasal la dia banyak pasang Balaci!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.