Bagus jugak kadang - kadang melepak dengan kawan - kawan dari kampung ni. Kebetulan semalam diorang singgah di Kuala Lumpur sambi berjalan - jalan.
Banyak jugak cerita yang dapat dikumpul. Ada la selit cerita pasal pemimpin Pembangkang yang kantoi 'Sumbang Mahram' tu.
Lepas tu, terkeluar la cerita mengenai kedudukan Politik di sebuah daerah di Pahang ni. Katanya, ia ibarat air dalam gelas. Nampak je tenang, tapi dalam berkeladak.
Sebelum ni pun, kita memang dah dimaklumkan mengenai pergolakkan yang berlaku diantara parti -parti Pembangkang ni. Diorang cakap je hubungan diorang baik.
Tapi, bukan setakat diperingkat pusat je yang berkecamuk rupanya. Di peringkat daerah dan cabang - cabang pun lagi teruk katanya.
Kisahnya mengenai kawasan Dewan Undangan Negeri dan ketidak-puasan hati dikalangan ahli - ahli dan peimpin sebuah parti ni.
Diorang sebelum ni dikatakan tak setuju dengan calon yang ditetapkan oleh pimpinan pusat. Mereka nak calon anak tempatan. Tapi, pimpinan pusat letak calon luar.
Bantahan tersebut menimbulkan masalah kepada calon dan mengakibatkan parti tu terbahagi kepada dua. Satu ikut calon dan satu lagi ikut pemimpin daerah.
Dalam masa yang sama, satu lagi parti dalam komponen Pembangkang tu tampil dan mengambil kesempatan. Kononnya, diorang pun nak letak calon diorang jugak.
Isu itu terus menimbulkan rasa tak puas hati terhadap kepimpinan pusat. Ianya ibarat menambah garam atas luka sendiri.
Mungkin disebabkan isu tersebut, maka pemimpin didaerah ni mula mengambil tindakan sendiri. Mereka katanya nak taja seorang individu dan bertanding sebagai calon Bebas.
Kalau perkara ini berlaku, maka dalam kawasan tersebut akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru sewaktu Pilihan Raya Umum nanti.
Nah!!! Belum pun Pilihan Raya diumumkan bila tarikhnya, dah macam - macam isu yang berlaku. Dah mula dah diorang berebut kerusi. Tu belum dapat kuasa lagi. Kot kalau dapat kuasa esok, alamat jahanam la Negara jawabnya!!! Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.