Khamis, Ogos 30, 2012


Disebabkan pendedahan laporan media kelmarin, seorang Bekas pemimpin kanan parti Pembangkang tiba - tiba tampil membuat kenyataan media semalam.

Kenyataan media tu dilaporkan oleh laman blog Pro Pembangkang yang menyatakan bahawa dia kecewa dengan laporan berita yang telah disiarkan.

Dia menyifatkan laporan berita dalam media arus perdana sebelum ini telah menjejaskan imej diri dia sebagai seorang ahli Politik dalam kes sumbang mahram.

Yang peliknya, dalam laporan media arus perdana, sama ada dalam akhbar atau pun dalam berita, tak de pulak disebut nama orang yang terlibat.

Jadi, kenapa pulak mamat ni nak meroyan tak tentu arah dan menuduh pihak media arus perdana nak memalukan dia? Orang tak kenal pun siapa dia sebenarnya.

Lepas tu dia juga turut menyatakan bahawa dia nak ambik tindakan terhadap mana - mana blog yang menyiarkan berita serta mengaitkan diri dia dengan isu tersebut.

Padahal, kata dia, dia hanya dipanggil untuk memberikan keterangan dan menjawab siasatan Polis mengenai isu sumbang mahram tu sahaja.

Dia bukannya dijatuhkan hukuman oleh pihak Mahkamah dan didapati bersalah dalam isu tersebut. Jadi, tak adil bagi mana - mana pihak menghukum dia ketika ini.

Soalnya sekarang, bukan masalah dia dah dihukum oleh pihak mahkamah atau tidak. Tetapi ianya isu mengenai salah laku moral. Itu yang dipertikaikan.

Dalam kenyataan media dia semalam, kenapa dia mengelak dan mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa dia tak buat kerja Haramjadah tu?

Kalau dia tak buat, kenapa dia tak tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut? Kenapa dia tak bagitau siapa bapa kepada anak yang dilahirkan oleh anaknya tu?

Perkara tu yang perlu dijelaskan kepada rakyat. Sekarang, sendiri dah buat masalah, sendiri tanggung la brader!!! Lain kali nak buat satu benda tu, pikir la dulu.

Mungkin inilah akibatnya dari tarbiah pemimpin atasan yang diberikan kepada dia sebelum ini. Maklum la, parti dia kan dah kata. Kalau buat maksiat ditempat tertutup, tak Haram dan tak berdosa!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Sama lah jugak dengan kes Anuar brahi.dan azmin..dalam media arus perdana dan blogger cuma menyebut orang terlibat merupakan pemimpin sebuah pertubuhan politik...angin tak apa pun tidak mereka yang bingkas membuat penafian..tapi tak pulak nak membuat saman.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping