Khamis, Ogos 16, 2012


"Iye. Korang percaya la dengan cakap aku. Berapa kali dah aku dok ulang - ulang benda yang sama. Hari tu kes Negara Perpaduan. Kali ni kes Hudud. PAS takkan buang dia."

Itu ayat yang keluar dari mulut sahabat Semut yang sejak dari dulu lagi menjadi penyokong tegar kepada Parti Angguk Saja tu.

Beria - ia dia membuat spekulasi malam semalam sewaktu selesai solat Terawikh. Seolah - olah dia nak menyakinkan semua orang yang ada dikedai kopi tu pulak.

Soalan yang diajukan cukup mudah. Tapi penjelasan yang dia berikan panjang berjela sampai lewat pagi baru sudah dia berhujah mengenai spekulasi tersebut.

Soalan yang ditanya, "Ko rasa PAS nak buang ke Ustaz Nasha macam diorang buang Hassan Ali dulu?" Dengar je soalan tu, mata dia mula menjengil.

"Ko gila ke? Diorang takkan buangnya. Ustaz Nasha tu Bekas Timbalan Presiden. Ulama pulak tu. Kalau buang, memang bodoh sangat la."

Dulu diorang tendang Hassan Ali sebab Hassan Ali kritik PAS secara terang - terangan dan kenyataan dia sering mendapat tempat dalam media UMNO.

Takkan sekarang pun diorang nak buat benda yang sama? Kalau diorang buat, memang pandir sangat la pemimpin PAS ni.

Kebarangkalian diorang buang Ustaz Nasha hanya akan memberikan UMNO ruang untuk terus menjadikan modal menyerang kepimpinan PAS.

Hassan Ali kena tendang pun bukan sebab dia menentang dasar perjuangan PAS. Sebaliknya dia menentang sokongan terhadap Si Ketua Penipu tu.

"Jadi, tak mungkin PAS akan tendang pulak Ustaz Nasha hanya semata - mata dia mempertahankan Hukum Hudud dan menentang DAP secara terang - terangan?"

Kesimpulannya, kalau PAS ambik tindakan drastik dan membuang Ustaz Nasha macam diorang buat pada Hassan Ali, memang diorang sengaja gali lubang kubur sendiri.

Rakyat akan melihat bahawa PAS hanya merupakan sebuah parti pencacai je. Diorang sanggup tunduk kepada orang lain dari terus mempertahankan dasar perjuangan sendiri. Pendek kata, PAS ni hanya layak jadi Pak Angguk Saja!!! Diorang tak lebih dari itu!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Pas memangnya bukan islam tapi ejen kristian macam arab kristian. Orang islam dilaga-lagakan, ayat allah di songsangkan, melayu islam dikafirkan, derma org islam disonglapkan dan macam-macam cara untuk untuk menyesatkan islam di tanah melayu. Skrg dapig adalah khalifah mereka dan Jesus Christ tuhannya. Takebeer! takebeer! takebeer!!!

    BalasPadam
  2. siapa saje individu yang gunakan parti untuk kepentingan sendiri wajib disingkirkan, kalu biar lama2 dalam pas akan merosakkan orang lain pulak, sebab itulah hasan akidah dibuang dari pas, untuk selamatkan parti. kalau nak sangat jawatan menteri pegilah peluk umno, buatapa duduk dalam pas.

    BalasPadam
  3. pas mengasingkan ceramah dengan dua cara iaitu bila berceramah tentang ugama ia tidak mengata orang.bila berceramah tentang politik ia mengata orang.sebab itulah ia mencipta slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM bukan MEMBANGUN KERANA ISLAM.ia mencipta slogan seperti ini kerana ia bolih mengasingkan ISLAM dengan POLITIKNYA dan bolih mengata orang.kalau ia berslogankan MEMBANGUN KERANA ISLAM ia tak bolih berceramah tujuan berpolitik dan tak bolih mengata orang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping