Walaupun perang mulut antara Karpal VS Tantawi, Karpal VS MCA pasal hudud ini 90% pasti akan berakhir dengan UMNO atau media UMNO dipersalahkan namun ia membuka mata ramai orang intelek tinggi.
Pertama sekali, bagaimana gila talaknya PAS mendambakan restu Karpal dan DAP untuk laksana hudud, (Lajim minta restu Nik Aziz masuk PKR, main restu-restu macam Hindu pula).
Pencacai mereka mendakwa kenyataan Karpal terbuka untuk berbincang bab hudud itu sebagai Karpal terima Hudud?
Tantawi pun ikut stim boleh menjual nama Karpal di pentas debat, mengejutkan harimau berkerusi roda itu, pantas dia menafikan sekeras-kerasnya pernah berlembut mengenai isu Hudud, ambil kau sebiji PAS.
Kedua, bagaimana oportunisnya DAP, mereka seolah-olah tidak mahu rugi sedikit pun, mereka mahu kuasa politik daripada orang Melayu tanpa tukaran apa-apa pun dari pihak mereka.
LKS dan DAP dalam dan luar parlimen mohon RCI untuk siasat PATI Muslim di Sabah tapi mendiamkan diri bab pendatang Cina, melabelkan perkasa dan Tun M sebagai ancaman kepada perpaduan tapi berdiam diri ke atas Dong Zhong yang ligat membina tembok pemisah antara anak-anak Cina dan bangsa lain.
Mereka mahu nama Allah tapi tidak mahu hukum Allah, PAS sudah korbankan negara Islam, tapi DAP tidak mahu terima hudud, walaupun cadangan PAS hanya untuk orang Islam.
Seperti yang saya katakan sebelum ini tukaran untuk kuasa politik Melayu tidak cukup dengan Anwar jadi PM, Anwar anytime boleh mati. Boleh rujuk entry saya sebelum ini diSINI
Kita mesti minta sesuatu yang lebih bersifat panjang umur, sesuatu yang kita boleh wariskan kepada anak cucu kita contohnya perjanjian selagi ada bulan bintang Malaysia bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) dan Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya.
DAP mahu tidak mahu harus korbankan sesuatu demi situasi menang-menang, jangan Kek kita mereka rebut kek mereka tak boleh kongsi dan tinggal orang Melayu seperti anjing dengan bayang-bayang. - SUMBER
Ps: Blog ini menyokong penuh perlaksanaan Hukum Hudud secara menyeluruh dan bukan hanya kepada orang Islam sahaja.
Dapat dimana gelaran tantawi
BalasPadamBermain mahjong dikata tantiau
Memang PAS dah hilang berani
Sampai ceramah pun dah meracau!
Pisau karat potong tak lot
Baik pakai pisau lipat
Sampai herot menahan kentot
Bercakap macam orang x sunat