Ahad, Ogos 05, 2012


Universiti Selangor (Unisel) didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tunggakan bayaran itu melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor tersebut.

"Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama, yang jadi mangsa ialah pelajar. 

"Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Agrobank berjumlah RM170,087.43 kepada Lembaga Zakat Selangor di sini, Sabtu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.

Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.

Dalam pada itu, Noh mengulangi cabarannya kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mendedahkan laporan kewangan Unisel yang gagal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

"Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan).

"Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping