Kesian. Sebelum ni, puas Si Minah Pening tu menuduh kata yang dia tak dapat kerja sebab pakai tudung. Dah tak pasal - pasal je dia kena lempang.
Mungkin sebab Ostad - Ostad PAS tu lupa nak bagitau kat dia. Rezeki manusia ni ketentuan Allah S.W.T. Tinggal lagi, manusia kena berusaha untuk meraih rezeki tu. Bukan setakat duduk berceramah kat atas pentas Politik dan mengutuk orang!!!
Yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 26, mengakui dia kini lebih bersikap memilih skrip yang diterima.
Ujar pelakon filem 7 Petala Cinta itu, bukan dia ‘demand’ tetapi sekadar memastikan watak ditawarkan padanya bersesuaian dengan imej yang kini berhijab.
Diana berkata, apabila sudah berhijab, menjadi kemestian untuk dia bersikap selektif. Jelasnya, dia tidak mahu main ambil saja watak termasuk antagonis bertudung.
Menurut gadis kelahiran Birmingham, England itu, menjadi tanggungjawabnya menjaga imej sebagai aktres yang kini mengenakan tudung.“Saya percaya dengan rezeki Allah. Justeru, sekarang saya hanya akan terima tawaran yang difikirkan sesuai saja. Saya juga takkan menerima watak antagonis bertudung.
"Bagi saya, apa yang dicari kini adalah keredaan Allah dan atas sebab itu jugalah, saya membuat keputusan untuk berhijrah dengan memakai hijab.“Malah, saya juga selesa melakonkan watak yang terhad. Oleh itu, setiap skrip diterima lebih dulu akan diteliti dan jika tidak sesuai, ia bukan rezeki saya.
"Biarpun lakonan bidang diminati, tetapi tuntutan agama lebih penting. Jadi, karakter yang dilakonkan mestilah sesuai dengan imej saya ketika ini,” katanya.Masih mempunyai kontrak setahun lagi sebagai residen artis Metrowealth Movies Production Sdn Bhd, Diana menjelaskan, dia masih belum lagi memikirkan sama ada mahu menyambung kontrak baru atau tidak.
Bagaimanapun, katanya, dia selesa sepanjang berada di bawah pengurusan artis syarikat itu walaupun kini bertudung.Bakal muncul dengan filem Salam Cinta di pawagam pada 6 September ini, Diana yang bergandingan dengan Kamal Adli memaklumkan filem itu adalah penampilan pertamanya bertudung.Dilakonkannya tahun lalu, anak keempat daripada tujuh beradik ini mengharapkan filem yang dilakonkan mendapat sambutan.Berbicara soal cinta, tanpa berselindung Diana memberitahu dia kini masih sendiri dan menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.Katanya, memang dia berkawan dengan ramai orang tetapi perkara berkaitan jodoh ini sukar diramal. Ujar Diana, dulu dia pernah terfikir tidak berkahwin pun tidak mengapa.“Namun, tatkala memikirkan mengenai akhirat dan ingin masuk ke syurga, saya ingin menjadi seorang isteri. Apatah lagi, janji Tuhan mudah bagi seseorang wanita itu masuk ke syurga dengan hanya menjadi isteri yang taat kepada suami. Justeru, saya berdoa supaya jodoh akan sampai suatu hari nanti,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.