Sabtu, Ogos 18, 2012


Korang pernah dengar cerita pasal Si Gembala Kambing dengan Harimau tau? Ala, cerita pasal Gembala Kambing yang suka tipu orang kampung dia tu.

Dia bosan dengan hidup dia sebagai Gembala Kambing. Jadi, satu hari dia nak mempermainkan orang Kampung dia. Maka dia pun jerit mintak tolong.

"Tolong!!! Tolong!!! Ada Harimau makan kambing aku!!!" Tak lama lepas tu, berpusu - pusu orang kampung datang nak membantu dia.

Malangnya, Si Gembala Kambing tu hanya ketawa berguling - guling bila melihat reaksi orang kampung yang panik dengan jeritan dia sebentar tadi.

"Mana Harimaunya? Kenapa engkau ketawa?" tanya orang Kampung tu. Si Gembala Kambing tu terus gelak sambil berkata, "Mana ada Harimau. Aku tipu je la. Hahaha!!!"

Orang kampung tu mula geram dengan tindakan Si Gembala Kambing tu. Mereka pun pergi meninggalkannya yang masih berdekah - dekah ketawa.

Tak lama selepas itu, Si Gembala Kambing tu kembali bosan dan diulangi perkara yang sama. Maka berduyun - duyun la orang kampung datang nak menghulurkan bantuan.

Tapi, kali ini mereka sekali lagi dikecewakan oleh Si Gembala Kambing kerana menipu mereka. "Lepas ni, kalau kau menipu lagi, kami takkan tolong," tegas mereka.

Si Gembala Kambing tu tak peduli dengan amaran yang diberikan. Dia terus ketawa berdekah - dekah sehingga muncul seekor harimau dihadapannya.

Dia mula panik dan menjerit - jerit mintak tolong. Walaupun jeritan dia tu didengari oleh orang kampung, tapi mereka buat tak tau je. 

Sampai la esoknya, orang kampung dengar cerita Si Gembala Kambing tu mati dibaham harimau. Tapi, apa boleh buat. Dia sendiri yang cari penyakit.

Sama la macam Si Ketua Penipu tu. Dia suka sangat menipu orang. Kali ni, dah tak de orang lansung yang nak percaya dengan apa yang dia cakap. 

Dia kata blog dia kena godam? Orang boleh cakap, PADAN MUKA!!! Siapa suruh dia cari sakit!!! Sekarang, tanggung la sendiri!!! Jangan nanti orang kampung dengar cerita dia kena baham dek Harimau pulak sudah la!!!


Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping