Sabtu, Ogos 18, 2012


Ya!!! Malam raya pun ada jugak keberkatannya. Ketika inilah pintu - pintu Kebenaran juga dibuka luas bagi setiap umat Islam di Malaysia.

Mungkin sebab itulah akar umbi PAS di Pulau Pinang mula sedar dengan arus perjuangan parti mereka yang kian tersasar dari landasan sebenar.

Apa yang pasti, diorang pun kecewa jugak melihat parti mereka kian hanyut dibawa oleh arus ketamakan Kuasa dan Kerakusan pemimpin - pemimpin mereka sendiri. Tapi apa boleh buat. Dah memang jenis pemimpin diorang ni lupa diri. Itu pasal la diorang semakin hanyut!!!
KEPALA BATAS: Beberapa ahli PAS Pulau Pinang menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang.


Bekas Setiausaha PAS negeri, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata impian pakatan pembangkang untuk menakluk Putrajaya menyebabkan PAS semakin jauh daripada matlamat asal dengan membelakangkan perjuangan parti demi memenuhi kehendak sekutunya.

Beliau berkata kepimpinan tertinggi parti seolah-olah tidak mengambil berat dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.

"Kami dari akar undi. Kami bukan pemimpin atasan daripada parti. Kami semua ahli biasa. Kami nampak perkara ini (pertikaikan Islam) sedang makan di dalam.

"Bila dia makan di dalam, dia akan cetus satu perkara yang tidak baik. Kami harap benda ini tidak akan berlaku. Kami harap Karpal Singh dan DAP berhentikan ungkapan yang menyentuh perasaan dan hati umat Islam," katanya dalam sidang media khas menyatakan sokongan kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di sini, Jumaat.

Semalam, Nasharuddin dalam satu kenyataannya di sebuah blog, menggesa PAS untuk meletakkan perpaduan ummah sebagai asas perjuangannya, tanpa menyifatkan perjuangan itu sebagai terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno.

Mengulas lanjut, Mohamed Nordin berkata tindakan kepimpinan tertinggi PAS yang seakan pasif dalam menangani isu tersebut menyebabkan anggota di akar umbi mula mempersoalkan rasional penglibatan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata sekiranya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih tidak memahami perjuangan PAS maka adalah wajar untuk parti itu meninggalkan pakatan pembangkang.

Katanya PAS mampu untuk menjadi sebuah parti yang dominan dengan berteraskan kepada perjuangan Islam meskipun tanpa mengadakan sebarang jalinan kerjasama dengan DAP mahupun PKR.

Mohamed Nordin juga menyifatkan kepimpinan tertinggi PAS seakan mula meminggirkan kepimpinan ulama bagi mencapai matlamat ke Putrajaya.

"Kami dididik untuk memperjuangkan Islam dalam agenda politik kami tetapi pemimpin yang mendidik kami kini menggadai apa yang telah disampaikan demi untuk mengejar kuasa dalam pilihan raya," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. bersekongkol dengan PAKATAN RAKYAT[PR]adalah PERIOK NASI PAS.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping