PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla akan terus berlakon drama televisyen selagi tiada tawaran filem yang benar-benar dapat menguji kemampuannya sebagai seorang pendatang baru.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata, pembabitannya sebagai pelakon televisyen memberikan kepuasan dan pengalaman berganda kerana kepelbagaian watak dan plot berbanding tawaran filem yang kebanyakannya memberikan watak klise.
“Bukan saya tiada tawaran filem tetapi setakat ini ia tidak unik, kuat dan menarik perhatian saya. Kebanyakan tawaran yang datang adalah klise dan lebih kurang sama sahaja.
“Keadaan itu berbeza dengan tawaran telefilem atau drama bersiri kerana kalau diperhatikan, saya berpeluang untuk mencuba pelbagai watak, sekali gus menonjolkan kebolehan saya kepada peminat,” katanya.
Pemenang trofi Pelakon Wanita Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini berkata, keputusan itu bukan bermakna dia bersikap memilih atau cerewet tetapi demi memastikan setiap lakonannya meninggalkan impak dan disenangi peminat.
“Untuk apa saya terima sahaja tawaran berlakon filem jika ia tidak melonjakkan lakonan saya ke tahap lebih baik. Saya tidak mahu jika kemunculan saya dalam sesebuah filem hanya sebagai pelaris tetapi tiada kepuasan pada aspek lakonan.
“Biarlah saya terus berlakon di televisyen kerana ia lebih mudah dan cepat mendapat respons peminat seterusnya membolehkan saya memperbaiki mutu kerja,” kongsinya.
Beralih mengenai sambutan Aidilfitri, Tasha berkata, dia hanya bercuti selama seminggu kerana sudah mengambil cuti awal sejak Ramadan lalu.
“Saya hanya cuti seminggu di kampung ibu di Batu Pahat, Johor dan rumah keluarga di Ampang tetapi suasananya meriah dan menyeronokkan.
“Selepas ini saya akan kembali bekerja dan memulakan penggambaran sebuah drama bersiri yang akan diumumkan nanti,” katanya yang dijangka memulakan penggambaran sebuah telefilem di Brunei dalam masa terdekat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.