Isnin, Ogos 27, 2012

Haduhai!!! Apa kena dengan minah sorang ni ye? Macam - macam benda dia nak buat. Habis semua benda dia nak cuba. Kalau berjaya tahan jugak.

Sebelum ni jadi model. Lepas tu nak jadi pelakon. Kemudian jadi pengacara. Bukak bisnes kecantikan lagi. Sekarang dah nak jadi penyanyi pulak?

Tak boleh ke dia tumpu pada satu perkara dulu dan pastikan ianya berjaya? Dah betul - betul berjaya nanti, baru la buat benda lain. Takut nanti, semua tercicir, naya wo!!!

Apa pun, diucapkan selamat maju jaya la buat Si Neelofa ni. Semoga dia berjaya dengan cemerlang atas segala usaha yang dilakukannya. Jangan dia jadi macam Si Minah Pening tu sudah la. Dah tak berjaya, ada hati nak salahkan orang lain pulak!!!
KUALA LUMPUR: Tindakan aktres Neelofa melebarkan sayap ke bidang nyanyian bukan kerana dia bersikap tamak dan gelojoh untuk mencuba pelbagai bidang dalam tempoh yang singkat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, sebagai pendatang baru yang masih mengenal pasti kekuatannya dalam bidang seni, dia menganggap tawaran daripada Tune Music itu peluang baik untuk mengembangkan kerjayanya.
“Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan, muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika dilepaskan.
“Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni,” katanya.
Selain Neelofa, label muzik di bawah syarikat penerbangan AirAsia itu difahamkan turut membariskan Maya Karin dan Aizat Amdan.
Neelofa berkata, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran itu dan bersetuju untuk memeterai perjanjian selepas melihat ruang dan potensi yang menantinya kelak.
“Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia.
“Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di rantau ini,” katanya yang masih belum dimaklumkan mengenai butiran konsep muzik yang bakal dipertaruhkan nanti.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping