Khamis, Ogos 30, 2012


Memang tak boleh pakai lansung Timbalan Presiden Parti Angguk Saja ni. Dia hanya tau membawa aib buat PAS secara terang - terangan.

Sebelum ini, dia menafikan kenyataan yang dikeluarkan dalam akhbar Sin Chew bahawa PAS tetap akan melaksanakan Hudud jika Pakatan memerintah.

Mungkin dia terasa yang semua orang dalam Malaysia ni bodoh sangat macam dia, sebab itu la dia nafikan perkara tu. Padahal semua orang tau yang dia takut dengan DAPigs.

Tapi mungkin jugak Si Mat Syabun ni kembali menghidap penyakit Amnesia seperti yang berlaku masa Bersih 2 tempoh hari.

Mula tu dia dakwa yang dia dirempuh oleh sebuah Pajero Polis. Tapi, bila didedahkan video berkaitan dengan dakwaan tersebut, dia mula ubah pulak.

Dia kata dia kena langgar dengan kereta Waja. Takkan la Waja dengan Pajero pun dia tak dapat nak beza? Bila soalan tu ditanya, dia boleh pulak cakap yang dia dah lupa.

Sama jugak la dengan kes dakwaan dia yang mengatakan bahawa Komunis tu sepatutnya dianggap sebagai Wira Negara. Bukan anggota keselamatan Bukit Kepong.

Bila isu tu menjadi pertikaian dan menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, dia boleh pulak kata yang dia lupa apa dia cakap pada malam tersebut.

Sekarang, dia cuba pulak ulang skrip yang sama. Kalau betul la Si Mat Syabun ni kata Sin Chew hanya memutar belitkan kenyataan dia sebelum ini, kenapa dia tak ambik tindakan? Saman la akhbar tu. Jangan setakat cakap je!!!
KUALA LUMPUR: Akhbar Sin Chew Daily pada Rabu menegaskan ia tidak tersalah petik atau memutarbelitkan kenyataan sesiapa tentang cadangan pelaksanaan undang-undang hudud.
Dalam laman webnya, akhbar berbahasa Cina itu berkata ia ingin menjelaskan bahawa laporannya tentang undang-undang hudud bukan sengaja dirancang supaya ia mencetuskan "kekeliruan" tentang PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi untuk menyampaikan maklumat tepat dan penting kepada pembaca.
"Sebagai medium untuk orang ramai, kami tidak patut menyembunyikan sebarang maklumat penting daripada pengetahuan umum, terutama sesuatu yang melibatkan kepentingan awam, serta kejadian yang boleh menyebabkan berlaku perubahan terhadap masyarakat kita dengan apa cara sekali pun.
"Pendirian PAS tentang pelaksanaan undang-undang hudud perlu didedahkan kepada umum agar anggota masyarakat boleh memahami, menilai dan membuat pilihan.
"Perkara paling buruk yang boleh kami lakukan ialah menyembunyikan kebenaran, memuji bahagian yang paling baik dan menutup selebihnya.
"Perbuatan paling keji dan paling menipu apabila membuat sesuatu perkara ialah menghidangkan satu cerita kepada masyarakat Islam dan menghidangkan cerita lain pula kepada bukan Islam," katanya dalam artikel bertajuk "Undang-undnag Hudud: Kebenaran atau Ilusi? tulisan Tay Tian Yan dan diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dominic Loh.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bila kata orang muslim nak hudud dilaksanakan, bagai nak rak sana sini membantah, lapor sana lapor sini, komen sana komen sini...lastnya yang bersuara hudud kena buat annoucement apa yang dilapor tu x betul... Puas tepis sebab nak jaga hati kawan jadi la negara ini negara kebajikan...tapi bila orang lain nak isytiharkan Malaysia nak dijadikan negara nasrani, peliknya tak de plak orang bantah walaupun dari teman rapat sendiri... Pelik tapi benar...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping