Herankan. Bila ada orang luar bercerita pasal kebaikan dalam Negara dengan dasar - dasar yang dilaksanakan, puak - puak Pakatan Pembangkang tu mula meroyan.
Habis semua benda yang akan mereka lemparkan. Macam - macam tuduhan yang diorang buat. Paling tidak, diorang akan kata, "Ini semua kerja Yahudi".
Tapi bila diorang pulak buat, tak de pulak orang nak bising - bising. Walhal, terang - terang diorang bekerjasama dengan pihak Yahudi. Itu pun diorang masih tak sedar diri jugak ke!!! Dah buta sangat sampai tak nampak apa ada depan mata!!!
KUALA LUMPUR: Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan kemenangan bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata pakar ekonomi dari Economist Corporate Network, Justin Wood.Beliau berkata usaha transformasi itu iaitu Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan, yang diilhamkan oleh Najib selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009, akan memastikan gabungan parti pemerintah meraih kejayaan dalam pilihan raya umum, yang perlu diadakan sebelum 28 April 2013."Barisan Nasional akan terus memerintah. Mungkin majoriti akan berkurangan namun saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya, yang paling getir dalam sejarah Malaysia."Ekonomi Malaysia kukuh, dan pelaburan langsung asing semakin meningkat.Semua ini disebabkan keprihatinan oleh kerajaan sedia ada terhadap rungutan yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.Wood berkata satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas sebagai satu pakej."Jika kerajaan sekarang kekal, dasar yang jelas akan wujud," katanya.Selepas memenangi pilihan raya umum akan datang, Wood berkata Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.