Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

UCAPAN RAYA MB PAHANG YANG MAKAN DALAM!!!


Pergh!!! Pedih telinga puak - puak Pakatan Pembangkang ni bila dengar ucapan raya daripada MB Pahang ni. Nak pulak bila diorang ni sedang giat melahirkan generasi baru.

Generasi yang dimaksudkan ialah generasi yang jenis tak reti berterima kasih kepada apa yang mereka miliki pada ketika ini.

Bukan suruh diorang berterima kasih kepada Kerajaan sangat pun sebenarnya. Tapi, cukup sekadar berterima kasih diatas nikmat yang Allah S.W.T berikan. 

Pun diorang masih tak reti nak bersyukur jugak ke? Pun masih juga ada pihak yang nak mempertikaikan itu dan ini? 

Memang sah la diorang ni tak pernah puas dengan apa yang diorang ada. Tapi nak buat macam mana. dah pemimpin diorang didik diorang macam tu. Dapat pemimpin tak sedar diri, pengikut pun ikut tumpang sekaki la jawabnya!!!
KUANTAN - Rakyat Malaysia seharusnya melahirkan rasa bersyukur kerana masih dapat menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri dalam keadaan yang aman.

Bagi sesetengah negara lain, keadaan mereka jauh berbeza dengan keadaan di negara ini dimana mereka menyambut waktu berbuka dengan bedilan merian dan peluru.

Demikian intipati yang diucapkan oleh YAB Menteri Besar Pahang dalam perutusan Hari Rayanya bagi tahun ini.

Beliau berharap agar sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menimbulkan rasa keinsafan dikalangan rakyat.

"Negara kita secara relatifnya sangat makmur dimana rakyatnya dapat menjalani kehidupan dengan aman diantara satu dengan yang lain," tambah beliau. 

Selain itu, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob juga turut berharap agar seluruh rakyat dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh semangat keislaman dan muhibah sesama kaum.

"Sesungguhnya, agama Islam merupakan satu agama yang cukup toleren dan semasa kita merayakan hari raya aidilfitri ini sudah pasti kita akan menerima kunjungan dari kalangan sanak saudara serta sahabat handai.

Namun, sebagai tanda kita menghargai kehadiran mereka, kita sentiasa mengalu - alukan kunjungan tersebut tanpa mengira agama, bangsa atau pun latar belakang politik mereka," jelas beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.