Rabu, Ogos 29, 2012



Seorang wanita yang melarikan diri dari bandar raya ini diburu polis selepas meninggalkan setiap lelaki yang dikahwininya.

Shahanaz, 33, dipercayai berkahwin dengan puluhan lelaki sejak beberapa tahun lalu. Walaupun sesetengah laporan mendakwa dia ‘berkahwin’ lebih 50 kali, pihak berkuasa berkata hanya 15 lelaki yang tampil membuat laporan.


Shahanaz pertama kali berkahwin kira-kira 11 tahun lalu dengan seorang lelaki bernama Siddique dan mempunyai seorang anak.



Bagaimanapun, berita mengenai perkahwinannya hanya terbongkar apabila dua daripada suaminya tampil di balai polis Chennai dan aduan susulan dibuat oleh beberapa mangsa lagi.


Keseluruhannya tujuh aduan rasmi sudah dibuat terhadapnya, tetapi tidak mustahil lebih ramai lagi mangsa yang akan muncul.



Aduan pertama dibuat oleh Manikandan, 24, yang bekerja di bilik pameran kedai kereta. Shahanaz memberitahunya dia mencari lelaki yang menipu kawannya selepas berjanji untuk mengahwininya.



Menurut akhbar Indian Express, mereka banyak kali bercakap di telefon dan kemudian menjadi rapat.



Shahanaz memberitahunya dia anak yatim sejak kecil dan mendakwa bekerja sebagai peguam bela di mahkamah tinggi Madras. Dia juga memberitahu sedang belajar untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.


Mereka berkahwin April lalu tanpa restu ibu bapa Manikandan. Dua bulan kemudian, Shahanaz meyakinkan Manikandan dia perlu tinggal di asrama supaya dapat bersedia untuk menduduki peperiksaan.



Manikandan mendakwa dia menjual barang kemas yang dibeli untuk perkahwinan mereka untuk digunakan Shahanaz. Dua minggu kemudian, Shahanaz hilang dari asrama dan tidak dapat dikesan.



Ketika polis mula menyiasat kes itu, seorang lagi lelaki, Prasanna, pemain bola sepak daerah tampil mengatakan dia juga berkahwin dengan Shahanaz beberapa tahun lalu.



Polis kini mendapati Shahanaz turut berkahwin dengan orang lain termasuk Rajesh, Chandrababu dan Saravanan.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping