Jumaat, September 14, 2012

Semalam, OHBULAN! mengeluarkan sebuah artikel tentang hubungan Adira dan Ag Coco yang telah goyah. Antara punca hubungan mereka goyah dikatakan berpunca dari orang ketiga.
Menurut sumber, Ag dikatakan telah keluar dan kini mempunyai hubungan yang istimewa bersama seorang selebriti juga. 
Namun ketika dihubungi oleh sumber yang terdekat dengan Ag, OHBULAN! diberitahu bahawa sebenarnya punca Ag beralih arah adalah disebabkan Adira telah kembali ke pangkuan ‘pengkid’.
Ketika dihubungi melalui aplikasi telefon bimbit, Whatsapp, sebentar tadi, Adira menafikan bahawa ‘pengkid’ adalah punca hubungan mereka retak.
“Pengkid bukan punca perkara ini terjadi! Benda itu sudah lepas, kenapa mahu diungkit kembali?” tegas penyanyi yang popular dengan lagu Ilusi ini.
“Memang langsung tak ada kaitan dengan pengkid atau siapa-siapa pun. Sekarang ini, Ag yang buat hal. Tanyalah Ag sendiri betul atau tidak sebenarnya dengan apa yang berlaku ni,” tambah Adira lagi.
Adira turut memberitahu, yang dia sememangnya memang tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pengkid. Itu semua hanyalah gosip yang ditimbulkan oleh pihak media semata-mata.
“Kalau nak tahu, saya memang tak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pengkid. Kawan itu ada lah.
“Sekarang ini pun saya betul-betul stress. Asal ada masalah begini, pasti dikaitkan dengan pengkid.”
Ps: Aduhai... Punya la ramai lelaki kat luar sana tu, apa pasal dia nak pilih 'Pengkid' ni? Dah tak de orang lain ke yang nak dipilih? Tapi, penafian Adira ni boleh la diterima.

Tinggal lagi, kita pelik jugak dengan perangai budak - budak 'Pengkid' ni. Apa pasal diorang nak sangat jadi 'Jantan'? Tak bersyukur lagi ke lahir jadi seorang wanita?

Jangan nanti diorang kata yang itu semua Hak Kebebasan diorang sudah la. Masa tu, dah tau dah semua ni salah sapa. Tak lain tak bukan, semuanya salah puak - puak Pakatan tu jugak!!! Diorang yang sibuk dok jaja pasal Hak Kebebasan ni!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping