Rabu, September 12, 2012


Kita semua ada otak dan boleh berfikir secara terbuka. Jadi, korang baca cerita kat bawah ni dan kemudian tanya diri sendiri.

Adakah orang macam ni yang nak diangkat jadi pemimpin? Belum apa - apa lagi dah tunjuk sikap bongkak, angkuh, sombong dan bangga diri. Orang macam tu yang PAS bangga sangat nak dijadikan sebagai Ulul Amri? Jangan menyesal dikemudian hari sudah la!!!
Saya agak terkejut dengan kegilaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang mengugut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mengumumkan kemenangan Pakatan Haram pada jam 3 petang pada hari PRU ke-13 nanti. 
Katanya, dia akan menghubungi Pengerusi SPR itu seawal jam 2.30 petang pada ketika tarikh PRU tersebut nanti bagi memaksanya mengumumkan kemenangan Pakatan Haram atau SPR akan berdepan dengan “tindakan serta-merta” dari pihaknya. 
Selain itu, Anwar juga memberitahu bahawa apabila Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya, media adalah bebas untuk bertanya sebarang soalan, khususnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkan sebagai “pembangkang” ketika itu. 
Kata-kata angkuh dan bongkak itu direkodkan media pada satu ceramahnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini. 
Saya tertanya-tanya, siapa Anwar untuk memaksa SPR untuk mengumumkan kemenangan Pakatan Haram pada jam 2.30 petang sedangkan ketika itu para pengundi di seluruh negara masih lagi dalam proses mengundi di pusat-pusat undi masing-masing. 
Siapa dia untuk memaksa Pengerusi SPR untuk mengumumkan sesuatu yang tidak pasti pada hari pilihanraya tersebut sedangkan peti undi belum lagi ditutup dan undian masih lagi belum dikira oleh para petugas yang dilantik. 
Persoalannya, apakah dia yakin bahawa Pakatan Haram yang diketuainya itu akan menang pada PRU ke-13 nanti? 
Sekiranya Pengerusi SPR tidak mengikut kemahuan Anwar pada jam 2.30 petang itu, apakah “tindakan serta-merta” yang akan dilakukan terhadap SPR? 
Apakah Anwar akan mengarahkan agar semua jentera pilihanraya Pakatan Haram untuk menyerang semua petugas SPR dengan mengatakan bahawa pilihanraya itu sebagai tidak sah dan tidak telus sebagaimana biasa? 
Atau, apakah Anwar akan mengarahkan semua pengawal-pengawal peribadinya mengacukan pistol kepada para petugas SPR dan para pengundi untuk memberikan undi kepadanya pada hari pilihanraya tersebut? 
Selain itu, sekiranya Pakatan Haram ditakdirkan kalah pada PRU ke-13 nanti, apakah Anwar akan mengambil “tindakan serta merta” terhadap keputusan pilihanraya itu dan mengarahkan seluruh penyokong menghuru-harakan peti-peti undi di seluruh negara? 
Apakah bentuk “tindakan serta-merta” yang dimaksudkan Anwar itu? Dan apakah dia begitu hebat dan berkuasa untuk mengatur “tindakan serta-merta” itu terhadap badan yang mengendalikan pilihanraya itu?  
Memaksa SPR untuk mengumumkan kemenangannya merupakan satu tindakan diktator dan mengancam untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap SPR merupakan satu sikap yang boleh disifatkan sebagai samseng. 
Persoalannya, apakah rakyat Malaysia akan merestui dan berdiam diri dengan sikap Anwar yang bakal mencetus ketegangan di hari mengundi pada PRU ke-13 nanti?
Terlalu kemaruk mahu jadi Perdana Menteri, Anwar bagaikan hilang akal sehingga mahu memaksa SPR mengumumkan kemenangannya. Mungkin dia enggan menjadi seorang guru selepas PRU nanti kot?
Categories: , , ,

9 ulasan:

  1. Tak brapa btoi dah kot....

    BalasPadam
  2. haru biru,agak-agak lari alignment kot?.

    BalasPadam
  3. CAMKAN BETUL BETUL APA YANG DIKATAKAN ITU.SETAKAT INI DIA BERJAYA MENGUASAI MAHKAMAH DALAM KES LIWAT SAIFUL.

    BalasPadam
  4. Dia deh terkena serangan penyakit mental.

    BalasPadam
  5. InsaAllah BN akan menang PRU 13 nanti!!!

    BalasPadam
  6. Anuar Baik beriman dan soleh, pemipin
    yang ditunggu-tunggu selama ini.

    BalasPadam
  7. strategi pertama dia dah pun mengena kerana yg paling penting ialah namanya disebut2 ... atas isu apa ,e2 xjd hal krn isu2 pop-up ini akn dspinkn kemudian nanti...
    percayalah... pd saat akhir nanti pop-up isunya e2 nanti berupa yg mengundang simpati rakyat & sgala yg bruk2 akn berupa isu2 lapok smata2 ..
    sudah2 la tu whai musibat!!

    BalasPadam
  8. Tengok muka dia pun dah takut.macam hantu.mana nak undi dia.mcm mana lah azizah boleh tido ngan dia?eeeeeeeeeee..........kesian azizah.always wonder why she still stick to him

    BalasPadam
  9. Eeeeeee....macam hantu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping