Rabu, September 12, 2012



PATUTLAH akhir-akhir ini ramai pula yang bercerita mengenai sikap seorang selebriti popular ini yang khabarnya tidak lagi bersefahaman dengan kekasih hatinya yang sebelum ini bagai nak gila dicanang.

Rupa-rupanya selebriti yang boleh tahan kacaknya ini sudah pun mempunyai cinta barunya yang katanya jauh lebih cantik, baik dan bergaya daripada yang sedia ada hingga dia berani membuat keputusan untuk meninggalkan yang lama. 


Memang klasik bila SS mendengar kisah perselisihan faham selebriti popular ini kerana dengan terang-terangan orang ketiga menjadi punca dan dia selamba macam tiada apa yang berlaku. 

Umum mengetahui kisah cintanya sebelum ini namun tidaklah terlalu drastik kisah mereka ditayangkan kepada khalayak cuma setidak - tidaknya ramai yang tahu akan hubungan yang terjalin.




Namun entah mana puncanya, mereka dikatakan tidak lagi bersama dan SS ingatkan kerana keluarga atau tiada lagi keserasian, tapi dalam diam selebriti yang nampak macam baik tadi sudah pun punya orang lain.



Memang tidak guna betul sikap sebegitu yang SS fikirkan pentingkan diri sendiri dan hanya memandang kecantikan luaran saja sedangkan kekasih lamanya itu sudah banyak berkorban untuknya selama ini. 

Bayangkan, perjalanan kerjaya selebriti tadi yang kian meningkat dengan populariti mencurah pun kerana sokongan daripada kekasihnya tadi tapi apabila sudah berada di puncak, orang lain pula yang senang mengambil alih. 

Tapi SS tidak mahu salahkan kekasih barunya kerana ramai yang bercerita mengenai sikap selebriti tadi yang sememangnya cepat lupa diri dan mata keranjang. 

Kiranya pantang nampak perempuan cantik, terus menggigil lutut. Mujur dia belum lagi terserempak dengan SS, kalau tak memang setiap hari sejambak bunga diterima. 


Ps: Lebih kurang la jugak dengan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Nak pulak yang dalam PAS dan PKR. Diorang bukan boleh tengok pompuan berdahi licin!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping