Rabu, September 19, 2012



Tepat setahun yang lalu, Rozita Che Wan pernah ditampilkan sebagai penghias cover Nona, juga dalam isu lebaran yang sama.

Lantas demi menukar perspektif Syawal beliau menurut sisi berbeza, kali ini Nona menyelami kisah kesunyian yang menekup dadanya. 

Walaupun berpisah dengan bekas suami pada usia muda, itu tidak pernah mengganggu perjalanan hidup ini malah saya terus bangkit demi anakanak dan keluarga.” Ulas ibu kepada Ammar Effendy dan Aniq Ezzra ini.
 
Andai tersurat... sudah tiada jodoh lagi untuknya, apakah beliau sedia bersendiri, meneruskan hidup tanpa adanya seorang lelaki di sisi? Soal penulis mengharapkan ketulusan dalam jawapannya. 

“Saya fikir itu tidak menjadi masalah. Dulu Tok saya hidup sorang, Ibu pun sorang juga. Saya tidak ingin berkahwin semata-mata untuk menutup mulut orang. Untuk berhenti dihimpit kontroversi.”
 
Ketika diajukan persoalan tentang gosip berpegangan tangan dengan seorang aktor lelaki kacak, dengan tenang beliau menjawab itu hanya perkara kecil yang sengaja diperbesar-besarkan. 

Betapa sesungguhnya kontroversi itu memang tidak akan pernah sunyi daripada wanita solo dan secantik Rozita Che Wan.

Sambil tersenyum, Rozita akui sunyi itu hanya bertandang bila tiba lebaran. Lebih-lebih lagi bila semua adik-beradiknya pulang dengan suami masing-masing... 

“Bencinya bila tiada suami, saya pula yang kena tidur di depan TV! Maklumlah yang lain perlu berbilik.” Guraunya.

Tentang menu Syawal, Rozita sekeluarga gigih membantu ibunya di dapur untuk menyiapkan pelbagai hidangan raya seperti ketupat palas dan lemang kesukaan mereka. 

“Rutin pagi raya sejak dulu sampai sekarang, tidak pernah berubah. Kadang-kadang saya dan ibulah yang bangun pagi-pagi siapkan lauk-pauk untuk hidangan hari raya.”
 
“Saya akan masak sendiri ketupat pulut, termasuk menganyamnya. Setiap kali raya, itulah syarat wajib di atas meja. Kuih makmur dan semperit juga saya buat.” 

Tambah wanita yang amat meminati hidangan lemang yang di cicah susu pekat ini. 

“Biasanya pada hari raya pertama, kami akan menziarahi keluarga sebelah ayah dan pada hari raya kedua, melawat keluarga sebelah ibu pula. 

Selesai acara ziarah, hari raya ketiga dikhaskan untuk majlis rumah terbuka.” Tuturnya sambil melemparkan senyuman.
 
Bercerita tentang persiapan baju raya, awal-awal lagi Rozita sudah menempah beberapa pasang kurung daripada pereka Man Kajang, Qudyn dan Calvin Thoo. Pelbagai konsep dan warna kegemaran yang menjadi pilihannya, seperti rona hijau, biru, merah dan emas. 

“Saya senang menempah baju yang mengikut bentuk badan. Tujuannya supaya saya sentiasa beringat agar menjaga makan, lebihlebih lagi ketika hari raya... saya sering makan tanpa henti!” Katanya sambil tertawa.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping