SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hari ini sekali lagi berdepan dengan tuntutan saman bersabit tunggakan subsidi air di bawah Skim Skim Air Percuma (SAP) kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), empat tahun lalu.Seramai 2,011 pengguna air dari Subang Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).Peguam yang mewakili kesemua plaintif, Kamarudin Ahmad berkata, plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan kerajaan negeri kerana mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dalam pemberian skim air percuma berkenaan.Katanya, apabila aduan dibuat Khalid menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini berkata, masih ramai penghuni pangsapuri dan flat menggunakan meter pukal dan bukan meter individu, sekali gus menafikan hak pengguna meter pukal domestik untuk menikmati Skim Air Percuma (SAP)."Manifesto PRU12 Pakatan Rakyat amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor tidak kira sama ada pengguna air berkenaan menggunakan meter individu atau meter pukal."Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, hari ini.
Ps: Ketiga - tiga penduduk dikawasan yang terbabit semuanya melibatkan Ahli Parlimen dari kalangan Pakatan Pembangkang.
Nampak sangat la yang diorang ni tak buat kerja dan menjaga kebajikan rakyat. Kalau tidak, takkan la diorang ambik tindakan sedemikian.
Memang patut sangat la Si Khalid Gagap tu nak mengamuk. Semua Ahli Parlimen diorang tu tak boleh diharap!!! Benda macam tu pun diorang tak boleh nak bantu. Yang diorang tau, menipu rakyat tu je la kerjanya!!!
trims informasinya .
BalasPadam