Muka Tak Puas Hati Faekah Tak Dapat Tayang 'Alat Sulit'nya!!! |
KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin malam tadi dengan jelas memperlihatkan bahawa beliau memiliki akses yang terlalu besar ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Dengan selambanya, pada sidang akhbar, Faekah mengakui telah mencuri dokumen sulit yakni hasil laporan audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG) berhubung dakwaan penyelewengan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam).
Laporan audit yang sepatutnya bersifat sulit sehingga peringkat ini dibawa keluar Faekah dari pejabat Abdul Khalid.
“Malam ini, saya datang bukan dengan tangan kosong, malah saya membawa laporan audit dari KPMG. Sepatutnya tak boleh dibawa, tapi, saya ‘cilok’ senyap-senyap dari pejabat MB,” kata Faekah di sini malam tadi.
Menurut Faekah, laporan itu dibawa kerana ingin mendedahkan yang pihak kerajaan negeri mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong yang mendakwa beberapa pemimpin Selangor telah melakukan penyelewengan dalam penyelesaian hutang Talam.
Faekah mendedahkan sebahagian laporan audit itu kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) sebelum bertindak keluar dewan.
Walaupun Faekah adalah Setiausaha Politik, namun protokol pentadbiran menetapkan bahawa dokumen-dokumen yang dilabel sulit tidak boleh dibawa keluar ke pengetahuan umum oleh mana-mana pegawai sekali pun.
Faekah sebelum ini pernah diserang secara terbuka melalui kempen ‘Kami Sayangkan PKR’ di media sosial internet kerana dilihat bersikap ‘lebih sudu dari kuah’ dalam pentadbiran negeri.
Serangan itu didakwa banyak pihak didalangi penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahukan Faekah meletak jawatan.
Faekah yang hadir bersama wakil Khalid Ibrahim yang lain, Tony Pua, William Leong dan Zulkefly Ahmad malam tadi telah bertindak keluar dari dewan debat berikutan Tee Yong enggan berdebat dengan mereka.
Khalid Ibrahim gagal menghadirkan diri pada acara debat kerana berada di Bangkok, Thailand.
Empat wakil Menteri Besar itu juga enggan menjawab soalan pihak media tujuan Khalid Ibrahim pergi ke Bangkok.
Pada 4 September lalu, pihak MCA telah menghantar jemputan untuk berdebat dengan Khalid Ibrahim untuk berbahas mengenai skandal penyelewengan Talam bernilai RM1 bilion.
Bagaimanapun, Khalid Ibrahim langsung tidak membalas jemputan yang diterima hingga ke hari acara debat berlangsung, malam tadi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.