Haduh!!! Kalau bab main wayang ni memang diorang ni pakar. Itu pasal la diorang boleh buat cerita pasal 'Nuklear' lebih hebat dari pakar yang belajar bertahun - tahun.
Kalau dulu, masa zaman Reformasi 1998, kita dah dengar dah cerita pasal Si Ketua Penipu tu kena suntik dengan racun arsenik sewaktu dia dalam tahanan.
Kita dengar jugak cerita pasal dia kena tumbuk sampai lebam bijik mata. Kemudian, ada juga cerita pasal dia kena suntik dengan HIV. Tapi sampai hari ni, tak mati jugak dia.
Kira kebal jugak la dia ni kot. Tak kurang jugak wayang dia yang pakai 'Pendakap Leher' untuk menarik simpati rakyat. Kononnya sampai sakit dikerjakan sewaktu dalam tahanan.
Tapi, semua tu kita tahu. Ianya hanya wayang dia semata - mata. Semua tu hanya ciptaan dan rekaan dia untuk mendapatkan simpati rakyat.
Sebab itulah Si Ketua Penipu tu digelarkan sebagai Bapak Penipu. Dia memang kuat menipu!!! Pantang celik, menipu je la kerja dia pun.
Itu pun belum kita cerita pasal kisah ada orang nak bunuh dia sebelum Si Mohd Saiful tu ambik tindakan terhadap dia. Punya nak menipu sampai dia lari ke kedutaan Turki.
Kalau betul ada orang nak bunuh dia, apa pasal pulak dia nak lari ke kedutaan Turki? Baik dia pergi ke Turki terus. Kan senang? Tak payah balik terus!!! Duduk sana sampai mati.
Tapi dia tak serik lagi tu. Kali ni, dah cubaan simbah cat dan sebagainya pulak yang timbul. Siap kata ada ugutan nak tunggu dia dengan pistol lagi tu. Punya la nak menipu ye tak.
Lepas tu, ada pulak cerita pasal jalan raya penuh dengan paku payung. Fuh!!! Menarik sungguh cerita dia kan. Semuanya nak menarik perhatian belaka.
Semuanya nak lenyapkan kisah pengawal peribadi dia yang mengacukan pistol kepada orang awam tempoh hari. Nak lenyapkan cerita pasal bendera Republik tempoh hari.
Itu je sebenarnya yang diorang nak buat. Bukannya rakyat Malaysia ni tak tau. Rakyat Malaysia ni pun bukannya bodoh sangat macam diorang!!! Kerja lain tak de. Asyik nak menipu tu je la yang diorang tau pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.