Tak perlu nak dinafikan lagi. Memang itulah hakikatnya. Puak - puak Pakatan Pembangkang tu nampak gayanya memang takut dengan Menteri Besar Pahang ni rupanya.
Apa yang jelas, mereka dah tak ada cara lain nak kalahkan gaya persona MB Pahang yang sedia ada. Nak lawan cara terang - terangan, memang diorang tak mampu.
Cubaan untuk memburukkan imej Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob ni bukan lah satu cara yang mudah. Macam - macam persepsi yang cubaa dilakukan.
Ternyata semuanya GAGAL belaka. Nak diusik gaya pentadbiran beliau pun mereka tak mampu. Mahu atau tidak diorang terpaksa buat cara lain.
Disebabkan itulah mereka terpaksa mencipta spekulasi dengan mengatakan yang Menteri Besar Pahang tidak akan dilantik semula selepas PRU akan datang.
PETALING JAYA: Faktor Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kemungkinan tidak akan dilantik semula selepas pilihan raya dilihat sebagai salah satu faktor kejatuhan Barisan Nasional (BN) di negeri Pahang, kata PKR.
“Jadi saya juga agak positif dari segi perkembangan di Pahang terutamanya sekiranya ura-ura yang saya dengar bertukarnya calon Menteri Besar di Pahang, saya kira itu merupakan antara faktor yang akan menjatuhkan BN di Pahang." - sumber
Dari mana diorang dapat cerita kata yang Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Yaakob tidak akan dilantik semula ni? Yang lebih penting, siapa pulak yang bakal menggantikan tempat beliau?
Kalau ditanya dikalangan Pakatan Pembangkang sendiri, diorang pun tak dapat nak tentukan siapa dikalangan mereka yang boleh jadi Menteri Besar.
Hakikatnya, semua orang tahu. MB Pahang ni memang disukai oleh semua rakyat Pahang tanpa mengira mereka dari parti mana sekali pun.
Ada pemimpin Pakatan Pembangkang yang terlalu rapat dengan beliau pun turut menerima fitnah kononnya pemimpin Pakatan tu terima habuan dari beliau.
Nah!!! Itu semangat setiakawan yang ada dalam Pakatan Pembangkang ni sampaikan pemimpin mereka sendiri pun sanggup difitnahnya?
Sudah jelas, terang dan nyata bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang tu tidak mampu menggugat kredibiliti MB Pahang sekarang ni. Nak tak nak terpaksa la diorang buat cerita yang bukan - bukan. Kalau dah dasar Penakut tu, Penakut la jugak!!!
Kalau dia tak jadi MB Pahang ... kita pilih dia jadi Menteri KDN ganti Mat Amaran ...
BalasPadamMama mmg suke kat dia ni dari dulu lagi. Style dia mmg samseng, tapi mama categorykan dia samseng baik... he gets the job done.. and it was done well n always 4 the good of the people of Pahang. So, keep up the good work MB....
BalasPadamORANG YANG BODOH DAN TIDAK BIJAK SAHAJA YANG MENGATAKAN MB TIDAK AKAN DICALONKAN DIPRU KE13 AKAN DATANG ADALAH ORANG2 YANG SEDANG BERMIMPI.KEPIMPINAN YANG TEGAS,RAPAT DENGAN ISTANA DAN SILA KEMUKAN MB SAORANG SHAJA DIKURNIAKAN "DATO SRI DIRAJA"
BalasPadamMB yang sempoi...kalau ada program yg melibatkan beliau, protokol setakat atas kertas saja sbb selalunya dia tak ikut sangat...mudah jadinya kerja pihak urus setia! Mohon kekal jadi MB lagi!
BalasPadam