Hmm... Macam pernah dengar pulak cerita ni. Siap ada gambar lagi orang buat mengenai cerita tu. Dengar kata, pernah ada anak pemimpin yang 'pekena' dadah ni.
Tapi, kalau suruh mengaku, mati hidup semula pun belum tentu dia nak buat ye tak. Maklum la. Dah jadi norma buat puak - puak Pakatan Pembangkang ni.
Sedangkan benda dah ada bukti pun diorang takut nak mengaku. Masih jugak bagi alasan yang bukan - bukan. Inikan pulak bila timbul cerita macam ni.
Jadi, nak heran apa kalau perkara ni berlaku didalam kawasan pemimpin tu sendiri. Dah dia pun dua kali lima, apa nak kata ye tak. Tu sebab la dia memang tak layak nak jadi pemimpin!!! Setakat cakap je pandai, tapi buat kerja satu hapah pun dia tak tau!!!
POKOK SENA – Seorang bapa yang bakal menyambut kelahiran anak kelima Disember ini sanggup membawa anak keempatnya bersama melepaskan gian di kawasan belukar di Kampung Baru, Lesong.Lelaki berusia 34 tahun yang mahu dikenali dengan panggilan Abu berkata, dia membawa anak lelaki berusia empat tahun itu disebabkan tidak ada orang yang mahu mengasuh kanak-kanak itu di rumah.Menurutnya, isterinya bertugas sebagai guru agama manakala dia pula hanya memperoleh pendapatan dengan bekerja sendiri.Katanya lagi, dia mula mengambil dadah kira-kira dua tahun lalu dan sering ke kawasan itu untuk mendapatkan bekalan yang dijual dengan harga sekitar RM10 ke RM50 bergantung kepada saiz penyedut minuman.“Harga yang dijual berdasarkan saiz, kalau RM50 saiznya lebih kurang pemetik api dan harga yang ditawarkan di sini lebih murah banding tempat lain.“Kebiasaannya saya akan membeli menggunakan pendapatan yang saya peroleh daripada hasil menoreh getah,” katanya ketika ditemui sewaktu ditahan bersama 39 penagih lain, kelmarin.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.