Baru-baru ni media arus
pernah ada mendedahkan mengenai aktiviti sebuah anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), PKNS Infra Berhad (PIB) yang didakwa terlibat
dalam kes kecurian air di Negeri tersebut.
Susulan dengan itu,
pihak SYABAS dilaporkan telah mengalami kerugian sebanyak RM 211,300 semenjak
kejadian yang dilakukan secara haram sejak Mac yang lalu dan akan mengambil
tindakan terhadap syarikat tersebut tidak berapa lama lagi.
Jumlah ini boleh
berikan lebih 18 ribu penduduk Selangor 20 meter padu air percuma setiap
seorang. Bukankah langkah bagus kalau
ini diberikan kepada penghuni rumah pangsa yang menggunakan meter pukal yang permintaannya
ditolak oleh Khalid sebelum ini?
PIB walau
bagaimanapun telah menafikannya dan didapati ianya telah dilakukan oleh
kontraktor bebas mereka. Sebaliknya, pihak PIB menyalahkan subkontraktor yang
dipilih oleh pihak mereka sendiri mengenai perkara tersebut.
Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini sibuk mahu menyusun semula air Selangor,
perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Negeri secara umum berikutan dakwaan
dalam kes kecurian air.
Dah lah air tak
cukup untuk rakyat, anak syarikat pulak didakwa curi air rakyat! Oopps, subkontraktor bebas yang mereka pilih secara
‘telus’… Rejim Khalid ni bagus sampai satu apa pun diorang tak tau.
Rakyat kini tertanya – tanya, bagaimana agaknya Khalid nak
buat penstrukturan semula air di Selangor sedangkan kes curi air berlaku bawah
batang hidung diorang sendiri pun diorang tak boleh kesan, ataupun memang sengaja diorang tutup mata sebelah.
Kalau semua dah
bawah Rejim PKR Negeri ,siapa yang boleh pantau kecurian air yang dilakukan
oleh anak syarikat sendiri? Beranikah
Khalid ambil tindakan terhadap
mereka? Takkan la dia nak berbogel
depan semua orang, ye tak.
Katanya, Rejim PKR
Selangor dah membelanjakan lebih setengah billion (RM524.9 juta) untuk beri air
percuma kepada rakyatnya. Tapi, ini
untuk meter individu sahaja, “air percuma” untuk yang tidak bermeter seperti
kontraktor bebas PIB dan anak-anak syarikat Rejim PKR Negeri masuk kategori
mana agaknya?
Maka adalah menjadi
tanggungjawab bagi seorang Menteri Besar yang senantiasa mendabik dada dan
berbangga diri menyatakan bahawa dia banyak membantu rakyat dalam menjaga
kebajikan mereka. Itu pun, KALAU la dia
jaga ye tak.
Adakah ini caranya
Khalid Ibrahim menjaga kebajikan rakyat dengan memberikan mereka air yang
dicuri secara haram sedangkan air itu banyak digunakan dalam kehidupan seharian
termasuk makan dan minum?
Air yang dicuri ini
diberikan kepada rakyat. Bukankah
tindakan Khalid Ibrahim ini salah disisi agama Islam kerana memberikan rezeki
yang haram kepada rakyat seterusnya memecahkan amanah yang telah diberikan oleh
mereka kepada Rejim pimpinannya?
Tidak hairanlah bagaimana
selama hari ini Khalid Ibrahim dan konco – konco Pakatan Rakyat mampu mendabik
dada dengan mengatakan yang mereka memberikan air percuma walaupun air itu
dicuri dari sumber asalnya.
Dengan Selangor kini
dilanda krisis air, kenapa Selangor masih menolak perlaksanaan projek Langat
2? Nampak gayanya, apa yang dilakukan
oleh subkontraktor bebas PIB menunjukkan Selangor memang ada sumber air “alternatif".
Soalnya sekarang,
kenapa Rejim Khalid Ibrahim dan barisan Exco – Exconya hanya berpeluk tubuh dan
mendiamkan diri apabila isu ini dibangkitkan sedangkan selama ini mereka kata
mereka tahu semua yang berlaku dalam Negeri yang dikuasai mereka?
Bayangkan. Jika air
pun sanggup mereka curi dan kata mereka ikhlas menjaga dan membantu rakyat,
apatah lagi benda lain yang kononnya hendak diberikan demi menjaga kebajikan
rakyat tu. Dari mana pulak sumber yang mereka perolehi?
Memang patut sangat
lah puak – puak Pakatan Rakyat ni tak mampu nak langsaikan semua janji – janji
yang telah mereka taburkan sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu sebab masih tak
jumpa sumber yang sesuai untuk dicuri dan disonglap dari rakyat.
Jika ini bukan satu
pengkhianatan terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat
terhadap Rejim pimpinan Khalid Ibrahim, apa lagi yang mampu kita katakan
mengenainya? Korang fikir la sendiri!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.