Heran jugak. Belum pernah lagi ada mana - mana pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang tu yang yakin bahawa Bajet tahun ini adalah untuk rakyat.
Kebiasaanya diorang akan mendakwa yang bajet ni hanya ibarat 'Gula - Gula' untuk pancing undi dari kalangan rakyat semata - mata.
Apa yang peliknya, diorang pun dok buat jugak benda yang sama. Bukan ke sebelum ini diorang pun ada keluarkan 'Bajet Bayangan'?
Persoalannya, untuk apa diorang buat Bajet Bayangan tu? Kenapa ianya tak pulak dianggap sebagai 'Gula - Gula' untuk pancing undi dari rakyat?
Tambah menghairankan, untuk apa diorang buat bajet tu sedangkan diorang tau yang tak de satu pun yang boleh dilaksanakan oleh mereka?
Dah nampak sangat yang bajet diorang tu lebih teruk dari yang dibuat oleh pihak Kerajaan. Tahan jugak la Kerajaan bagi 'Gula - Gula' untuk rakyat.
Yang diorang pulak, bagi racun dan sampah belaka. Satu apa pun tak boleh guna. Yang mana lagi teruk? Takkan la rakyat nak makan racun dengan sampah kot?
Nak pulak bajet tu dibuat bersama - sama dengan Si Mahfuz Bean. Lagi la tak boleh pakainya. Bagi orang yang tak lulus SRP, apa yang kita dapat?
Umpama suruh budak sekolah tadika buat kerja budak belajar Universiti. Caca marba aje la jawabnya. Entah apa la yang dia buat gamaknya!!!
Jadi, kesimpulannya, tak payah la puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak mengabihkan masa buat kerja yang bukan - bukan. Dalam waktu yang singkat ni, baik diorang buat kerja yang berfaedah sebagai wakil rakyat. Tahun depan duduk rumah aje la jawabnya!!!
KUALA TERENGGANU – Kenyataan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menggambarkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin tidak berlangsung pada tahun ini dianggap sebagai tidak jauh daripada jangkaan pembangkang.Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, mengambil kira Bajet 2013, sudah tentu kerajaan akan memastikan belanjawan tersebut dimanfaatkan terlebih dahulu kepada rakyat.Beliau turut menyifatkan bajet tersebut sebagai peluang terakhir BN untuk menarik rakyat bersama-sama mereka pada pilihan raya umum akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.