Khamis, September 13, 2012


Wargh...kah!!! Kah!!! Kah!!! Berguling - guling Semut baca berita pasal Si Khalid Gagap ni. Ingatkan dia setakat pandai jadi Menteri Besar Badut je.

Tapi tak sangka pulak yang dia ni Tak Ada Telur!!! Sanggup pulak dia suruh Si Faekah Andartu tu gantikan tempat untuk dia. Tak malu betul!!! Hahaha... Jantan ke Pondan ni???

Kalau setakat nak jawab isu pasal Talam ni pun dia dah ketar lutut sampai hilang telur, pun dia masih ada hati nak jadi Menteri Besar lagi ke? 

Patut la ahli PKR pun suruh dia letak jawatan!!! Memalukan betul dia ni. Kalau bercakap dalam ceramah bukan main lagi. Sampai nak pecah bumbung dewan dibuatnya. Tapi bila kena cabar, terus hilang upaya!!! Sekarang, baru la Padan Muka Dia!!!
KUALA LUMPUR: Debat mengenai isu Talam tidak dapat diteruskan malam ini apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan hadir untuk berdepan dengan Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong. Majlis juga kecoh dengan penyokong kedua-dua pihak memaki-hamun. 
Khalid tidak hadir di dewan tetapi menghantar tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Setiausaha Politiknya untuk berbahas dengan Chua yang  juga anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
 
Dimaklumkan mengenai ketidakhadiran Khalid, Chua sekali lagi memulau undangan untuk berdebat dengan wakil-wakil Menteri Besar itu kerana mereka tidak terbabit dalam pengstrukturan semua hutang Talam berjumlah RM392 juta.
 
Empat wakil yang hadir sebagai “duta” Menteri Besar adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.
 
Dalam pada itu, suasana menjadi tegang apabila keempat-empat wakil Menteri Besar membuat keputusan untuk beredar, disusuli pertengkaran antara penyokong kedua-dua belah pihak.
 
Chua berkata keengganan Khalid berdebat dengan beliau menunjukkan Menteri Besar itu tidak telus dalam tindak tanduknya.
 
"Dia janji banyak benda, tapi tidak satu pun tertunai. Dia janji kertas putih, mahu menjawab persoalan Talam dalam sidang Dewan Undangan Negeri, nak saman saya dan lantik lima juru audit untuk siasat. Ini semua tidak dilakukan.
 
"Memandangkan dia tidak pegang janji, perkara terbaik yang dia (Khalid) lakukan adalah mengelak berdebat dengan saya," kata Chua.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping